Paham ke tajuk aku kt atas tu? Aku pun tak tahu sesuai ke tak tajuk tu dengan apa yang ingin aku sampaikan.. ini sekadar ingat-mengingati sesama sendiri.
Korang mesti penah terima pemberian orang kan? Semua penah.. aku pun penah.. cuma beza, kita suka atau tidak aja pada barang tu...
Mula2 terima 'hadiah' tu.. kita mesti suka kan.. & bila buka 'hadiah' tu.. tetiba kita jadi tak suka sebab mungkin tidak menepati apa yang kita harapkan.. Aku nak tanya... apa reaksi korang pada orang yang bagi hadiah tu? & pada hadiah yang korang dapat tu?
Kita suka buat surprise pada orang... penah ker kita nk beli hadiah, kita akan call orang tu tanya... awak nak tak barang ni? nama pun hadiah takkan nk tanya dia.. mesti kita beli dulu & surprise kt dia.. baru thrill kan..
Bila dh bg hadiah tu, tetiba orang tu macam tak suka jer.. huhu.. sedihnya rasa...Allah jer tahu kan..Kalau kita tahu hadiah tu tak sesuai untuk dia, mesti kita tk beli kan? ini kita tak tahu.. kita rasa macam ok..
Kalau aku la... orang dah bagi hadiah macam tu.. pertamanya bersyukur sebab dia 'ingat' kita....Ucapkan terima kasih sebab sudi bg hadiah tu.. Dengan ikhlas, pujila sikit.. cakap kt dia.. walaupun, barang ni tak sesuai, tp demi dia.. kita akan guna barang tu.. sejuk jer hati dengar kan!! serius!! hihi...jangan terus tunjuk reaksi tak suka.. kecik hati dia..
aku teringat kisah aku kecik2 dulu... iyer, duit tak ada nk beli hadiah... orang susahla katakan.. masa besday kawan aku.. aku tk tau nk hadiahkan dia apa... last2 aku teringat aku baru beli eraser/pemadam. last2 aku balut cantik2.. dan aku hadiahkan pada kawan aku tu.. lepas habis semua majlis.. acara buka hadiah... semua dia dapat hadiah hebat2 pada zaman tu la.. dia dapat gelang (plastik), anting2.. baju.. tuala.. buku.. masa tu aku terpikir.. malunya aku bila dia buka hadiah aku bg nnti... iyerla aku bg hadiah 'bodoh' jer.. tapi sebaliknya yang berlaku... 1st dia pegang hadiah aku.. dia puji.. cantiknya balutan hadiah ni dia kata.. lepas tu dia buka... kawan2 sekeliling tu gelak sebab hadiahnya pemadam jer...tapi kawan aku tu.. dia cakap.. cantikla pemadam ni.. ada gambar kereta.. dia belum ada pemadam macam ni.. lalu dia ucapkan t.kasih sesangat pada aku.. terharu aku masa tu.. sebab hadiah yang 'paling' murah, dengar ucapan terima kasih & pujian dr dia.. sejuk hati aku.. hihi..
Ada satu lagi kisah.. aku penah hadiahkan baju kurung pada sesorang yang aku sayang.. aku ikhlas hadiahkan baju tu.. aku beli murah aja.. tapi disebabkan corak baju tu cantik sangat.. aku belikan untuk dia.. tapi sehingga kini aku tak penah tengok dia pakai baju tu...Aku tahu, dia seorang yang banyak duit.. mana nak pakai baju macam tu kan.. ikhlas aku cakap.. aku terlalu kecik hati bila diingatkan.. sebab aku betul2 ikhlas bg baju tu pada dia..malangnya dia macam tk menghargai pemberian aku... sedihkan..
ok ok.. dahla.. bercakap pasal pemberian ni.... biasala hari2 jumaat macam ni apa salahnya kita bermuhasabah diri...Apapun aku minta maaf kalau tajuk aku kt atas ni ada menyinggung mana-mana pihak... aku sekadar meluahkan apa yang ku rasa.. marilah kita belajar hargai diri sendiri & belajar menghargai orang lain.. selagi hayat dikandung badan. Sekian.. wassalam..
2 comments:
nak share jgkla...dulu ms tgh bertunang..Mr. Hubby sy belikan blouse dgn skirt kembang(masa tu tgh hot kan..)mula2 punya la happy tp masa sy buka balutan tu..trs berubah muka..dalam hati..heee tak sukanya...tp pki jgk sbb nk jg hati dia..tp itu dulu..skg ni dah berubah..apapun dia bg happy je..asalkan dari dia...kikiki
umi azwa, mmgla.. klu dh orang bg tuh.. kita terimala seadanya.. cakap banyak, nnt dia tk bg dah.. huhu.. dia bg tu sebab dia sayang kita la tuh...
Post a Comment