Thursday, November 12, 2009

" Seindah Butterfly " Giveaway Kategori A

" Seindah Butterfly " Giveaway Kategori A



Contest kedua aku nk join... dari Seindah Butterfly jugak.. meh kita try ramai-ramai...

Ini gambar yang aku rasa cukup sweet.. kah kah kah






Meh nk cerita sket pertemuan pertama aku ngan MyHubby. Kami pertama kali dipertemukan di ofis aku. Masa tu baru seminggu kita berpuasa di Tahun 2006. Dia datang bersama Bos dia untuk Pos barang. Hari tu hujan lebat (hujan rahmat kot.. kih kih) dan diorang terpaksa parking kereta di laluan utama tempat lalu lalang. Kebetulan aku tk boleh puasa (bendera merah) dan bersama kawan aku, kami lalu melintasi diorang (Myhubby+bos dia+pegawai di Ofis saya) untuk ke surau sebab kami nk makan.. hihi. Masa tu la mata bertentang mata, tapi aku tkder hati masa tu... Seminggu lepas tu, pegawai ofis aku yang ku gelar En. A tu, jumpa aku dan menyampaikan salam dari Dia.. En. A bagus punya promote MyHubby nih.. bersungguh minta aku bgkan no phone.. siap cakap Mybe berkat bulan Ramadhan, Allah nk pertemukan jodoh... macam2la..

Semua yang En.A promote tu aku tk cairla.. tp yang membuat aku terpikir.. myb ini berkat bulan Ramadhan, so aku setuju bg no phone..& petang tu MyHubby terus call. seminggu lps tu 1st dating kami berbuka puasa di KFC lepas balik keja..Aku tiada apa2 perasaan masa tu...



MyHubby kira macam 'not my taste' la sebab kurus kering... rupanya dia sakit ada kuman dalam perut.. keluar masuk hospital.. Ini dugaan paling hebat aku rasa.. perasaan bercampur.. nak ke aku kawin dengan orang yang sakit ni. Tpi kuasa Allah mengatasi segalanya...sentiasa ku panjatkan Doa ke hadrat Ilahi.. "Sekiranya Dia adalah jodohku yang telah tersurat olehMu.. Kau dekatkanlah dia kepadaku... Sekiranya tidak, Kau tutuplah pintu hatiku padanya.. Aminn.." dari hari ke sehari hati aku makin suka dan sayang pada dia.. kihkih..



Alhamdulillah lepas tunang, MyHubby jalani pembedahan & sihat walafiat...kami kawin pada 02.08.2008 dan gembiranya aku disahkan bunting pelamin.. ahamdulilah, kini lahirlah permata hati kami Aimy Zulaikha.



panjang jugak kisah aku ni ek..

...SYARAT2 SAH PENYERTAAN...
Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor -done
Masukkan kami lam BLOGLIST kowang- done
Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni-done
Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A -done
Upload hanya SEKETUL gambar kawen kowang yg sgt sweet......-done
Pastu cerite kisah menarik petame kali bertemu ngn hasben/wife kowang ker atau tatkala cinta stat berputik ker, ok! (mane yg lbh menarik) -seperti di atas
Makesure insan lam gambar adalah hasben/wife anda, ok!!
Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 shawl yg kowang minat. Mane tau powan eila terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang- ok, shawl yang aku suka ialah Wave Yellow Black (nice combinastion colour), FK-darkblue Turqoise & Swirl-White.. cantik2 kan shawl dia..
Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.
Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
Tarikh luput : 06 / 12 / 2009

1 comment:

Irma Omar said...

salam ellis,
time kasih memeriahkan my giveaway..
gudlak yer ;)
♥ iRMa ♥