Aku ingat aku orng pertama sampai ofis.. (perasan) rupanya dah ada orang..Tepat kul 7.45 sampai, makan breakfast sambil check emel...
Emm pepagi ni otak aku blur sikit.. tk der apa nk diceritakan... Hari ni genap kandungan aku berusia 31weeks... emm dah tk lama dah aku nk jd ibu... :)
Rasa sekejap masa berlalu.(padahal dh tua).. kih kih kih.. teringat masa belajar di U..Hari pertama aku daftar kemasukan di UUM pada 19 Mei 2001, aku dh menangis sbb berpisah ngan family aku waktu diorng nak balik.. uhuks.... sib bek ada kawan si Ju-a yang pujuk aku.. Teringat malam pertama tidur di Kolej Petronas, blok H bilik 216, aku ngan Ju-A sanggup tidur berdua atas katil single disebabkan dua2 penakut.. hehe.. habis sakit2 badan keesokannya..Minggu orientasi amat memenatkan..tapi best sangat melalui pengalaman diraging oleh akak & abang senior...
Terasa cepat masa berlalu. 3Thn di UUM banyak kenangan suka duka bersama kengkawan... Kawan-kawan baik aku (Ju-A, Iniey, Azah, Uji, Yana, Erveen, Gayah, Shada, Mek Ta, CT, Kak Zai, Chah) dengan perangai masing2 yang mencuit hati & boleh gelak klu teringat.....
Dalam pelajaran aku boleh dikategorikan pelajar biasa2 ja.. tak pandai tak bodoh sangat.. hehe.. Aku ni malas belajar, esok nk exam baru nk buka buku pastu study sampai tk tido..mula ketar kepala lutut ingat exam.. (padan muka sapa suh study last minit).. Hobi aku ngan kengkawan suka tgk CD (dulu tgk kt PC, mana nk ada DVD/VCD lam bilik).. kitorang suka tgk CD hantu tengah2 malam.. pastu menjerit kuat2 konon takut... kalau citer kelakar, gelak kuat2 dahla blok Koleh Petronas bersebelahan dgn Blok lelaki Kolej Gutrie... pedulik apa, janji kami hepi...
Kami penah bt keja gila main galah panjang malam-malam jumaat.. menjerit2 suka sampai kena sound dengan sorang budak warak (itu gelaran kami pada dia).. Antara ayat budak tu.. assalamualaikum... minta kawan2 semua tolong berenti main, jgn nk buat bising sebab student lain nk study, lgpun ini malam jumaat baik kita baca yasin'.. kami dengan muka ada sikit2 insafla.. blah macam tu jer.. hehe..tp lam bilik ngumpat budak tu... ellehhhh nk tunjuk warak konon... sebenarnya mmg salah kami sbb malam tu mmg malam jumaat & study week pulak tu.. kami ni jer yg tk sedar2..
Kalau di hari cuti ada jer plan kitorang... petang2 kait buah mangga muda.. ada tu tk sempat nk jd buah, baru berputik.. kami dh kait.. hehe macam orng kebulor dh 3bln tk makan nasik.... punyala sedap cicah colek kt tepi longkang...
kami penah syer duit ramai2 pegi berkelah di air terjun (aku tk ingat dah tempat tu..) tp kt Perlis.. menyewa 5buah kancil dan tema baju kaler merah hitam... best giler time tu.. kami penah masak guna rice cooker (klu tau pihak kolej kena rampas) buat sandwich & berkelah di Puncak Vista (satu puncak yang tinggi dan boleh nampak view seluruh UUM).. emm rindunya zaman2 tu...
Ada satu insiden yang sampai hari ni tkkan aku lupa adalah kisah pembuangan bayi di kolej kediaman aku.. Pepagi tu, dalam kul 8.00 aku ngan Ju-a dh gerak nk tunggu bas ke kelas.. aku perasan ada trak polis & bising2 di cafe D9. Aku ingat2 tak der apala & terus pegi kelas.. Habis kelas, balik kolej hajat hati nk sambung tidur sebb kelas seterusnya ptg nnt pulak.. Sampai bilik aku dengar dh bising2.. buka pintu tengok bilik bersepah, cadar bekas ditarik, tilam tonggang langgang... aku dh cuak, ingat ada orng ceroboh bilik..dipendekkan citer, rupa2nya pihak pengurusan Kolej buat spot check semua bilik student pempuan diperiksa kalau2 ada tanda orang bersalin kerana ada pembuangan bayi di kolej kami.. berderau darah aku bila dengar... aduiii sapala pulak yang buat kerja ni...mayat baby tu dijumpai oleh pakcik yang nk bakar sampah..bungkusan tu tk terbakar walau dicucuh api beberapa kali. Bila pakcik buka bungkusan tu, nampak telinga baby...Mesti terkejut beruk pakcik tu aku rasa.. Baby tu pempuan dan cukup sempurna sifat.. ya Allah kesiannya... mmg tk berperikemanusiaan orang yang membunuh baby tersebut.. Kes ni masuk dalam berita Metro dengan tajuk besar 'Pelajar-pelajar Kolej Petronas sedang diperhatikan'. Aduissss.. masuk kelas kalau lecturer tanya siapa tinggal kt Kolej Petronas semua tak angkat tangan termasukla aku.. kih kih kih..
Dari apa yang aku dengar... akhirnya ibu baby tu ditangkap & dibuang U. Dia bukan tinggal di kolej aku, tetapi aku difahamkan teman lelakinya adalah dr Kolej aku.. celaka betul jantan tu.. geram aku... Masa dilahirkan tk pasti baby tu masih hidup/ telah meninggal.. tetapi mayat baby tu dibalut dengan kain pelikat, dimasukkan dalam envelope besar dan distaple keliling dan dimasukkan dalam plastik hitam, lalu dibuang di bawah pokok tempat pembakaran sampah di kolej aku... sadis kan... lepas kejadian tu.. kami macam seram je lalu kawasan tu.
Kalau difikir-fikirkan, mujur Allah tak panjangkan usia baby tu sbb kalau dia hidup mesti lg banyak cubaan & dugaan yang bakal ditempuhi dengan keadaannya anak luar nikah.. Lebih baik Allah ambil nyawa dia, baby yang tidak berdosa dari membuat dosa kalau dia besar nnt..setiap kejadian Allah ada hikmahnya.. Al-Fatihah..
Aku tamat belajar pada bulan Mei 2003 dan konvo dalam bulan Ogos 2003
Akhirnya aku berjaya mendapat sekeping Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian. Pencapaian yang paling membanggakan dalam diri aku, mendapat Anugerah Dekan & Anugerah Kolej pada semester 2..(sekali je seumur hidup...)
Di hari konvokesyen, aku agak sedih sebab ayah aku tk dapat hadir kerana kurang sihat..Terima kasih pada Mak, Abang Ji Sekeluarga & Pak Ngah sekeluarga sudi meraikan aku di majlis bersejarah tersebut...
Semua kenangan di UUM akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.. Kini majoriti kengkawan aku semua dah kerja hebat2..& masing2 dah kawin & ada anak... itula kehidupan.. setiap orang ada rezeki masing2 & hanya berserah kepada Allah cara bagaimana pemberian rezeki kepada kita. Kita sebagai hambaNya, hanya mampu berdoa, berusaha & tawakal kepadaNya.. InsyaAllah... rezeki tu ada.....
1 comment:
cedihnyer story morry mu itu
huhuhu
Post a Comment