Monday, February 16, 2009

My Lovely Kg Sedim

Last 2 Weeks aku balik kg (Cuti Thaipusam) emmmm best giler.. aku klu balik kg excited sikit.. iyerla di samping dapat jumpa My Lovely Family, dapat juga release tension bila tgk sungai apatah lg klu dapat berkelah kt situ.. perkh best giler..

Balik kali ini MyMoInLw ikut sekali.. Kami bertolak dr Rwg dalam kul 9.00am.. balik ikut Highway sampai Ipoh & exit tol Changkat Jering, pas tu lalu jalan biasa area Taiping, Selama Perak, Selama Kedah & Mahang... Berenti makan di Kamunting Baru.. emm sedapnyaaaa makan kt situ.. time lapar lak tu.. ambik lauk lala masak lemak, labu masak lemak, talapia & pari bakar. fuh terangkat.. murah jer.. baru RM21.00 hengget.. untuk 3 orang makan..
Tak ada apa yang menarik sangat pasal kg aku ni... Cuma di situ terkenal dengan satu tempat berkelah atau dengan perkataan lebih menarik sikit.. tempat peranginan.. yang diberi nama Lata Sedim. Lata ni dekat aja ngan umah aku.. kalau naik kenderaan adala dalam 10 minit dan kalau jalan kaki pagi besok baru sampai.. sebab kerap berenti.. penat oooo sebab jalan berbukit sikit..

Hari ketiga aku di Kg, sempat la bawak MyMoInlw berkelah di Lata Sedim. Menu sah-sahla masakan kg... Asam Pedas Utara Batang Keladi, Masak Lemak Cili Padi Rebung + Udang, Cencaru Sumbat Bakar, Kembong bakar, Macam2 jenis Ulam + sambal belacan + budu..menu ringkas ni cukup membuatkan kami makan tak pandang kiri kanan dah..... pastu siap ada dessert lak tu.. Kastad Jagung (MyMoInLw yang buat), pastu buah kedondong cicah colek.. buah betik.. buah limau.. macam2 ada....

Pas makan, xtvt seterusnya mesti U All dh tau.. apa lg kalau tk mandi.. org yang paling suka mandi adalah anak buah aku si Akmal & Danial (Smpi menggeletar badan).. MyHubby pun sama.. suka macam tak penah jumpa air.. he he..jgn marah!!

Disebab terlalu excited berkelah, satu gambar pun tk sempat aku klik klik, namun untuk tatapan aku upload gambar kg aku yang telah sekian lama ku simpan dlam file.. mari kawan-kawan, tgk gambar My Lovely Kg Sedim (poyo jer aku ni..)


























Tree Top Walk salah satu tarikan pelancong untuk ke Lata Sedim sebab jambatan ni mmg panjang & tinggi, kita akan jalan melalui puncak pokok2 hutan.... mmg gayat la....

Inilah serba sikit tarikan di Kg aku... Sekarang penduduk Kg ku sedang membuat persiapan untuk menerima kedatangan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Dijangka Beliau sudi mencemar duli melawat Kg ku pada bulan Mac ini.

2 comments:

:: PU3'z :: said...

sempat lagi nak promote kg ker
:)

adam said...

salam...errrkk.terkejut seketika bila baca blog ni...and you will to..maybe.. i guess so..

akhirnya bertemu juga org kampung sedim di blog ni...hehe anak sapa ye..umur bape ye