01 Feb 2009- Hari ini kami mengadakan sedikit kenduri Doa Selamat & baca Yasin di rumah sempena tanda kesyukuran & agar semuanya selamat sepanjang kehamilan aku ngan MySisInLw.
Walaupun tidur lambat malam td (balik tgk konsert), Pepagi kami semua dh bangun untuk kemas apa yang patut & pegi NSK beli barang basah.
Sebelum minum pagi di kedai Mamak, aku, MyHubby, MySisInLw & MyBroInLw singgah di Klinik Keluarga Rawang. Aku perlu check up hari ini.
1st MySisInLw jumpa Doctor, kandungan dia ada sikit prob. kata Doc kedudukan baby songsang. emmmm.. sekarang kandungan dia dh nk masuk 8 bulan.. ada lgi sebulan, harap2 baby akan berpusing ke kedudukan normal..
Giliran aku jumpa doc.. aku agak ketaq kepala lutut bak kata oghang Kedah.. Bukan apa.. berat badan aku sah naik lebih 2 kilo... Belum Doc timbang, aku dh sound dia.. 'Berat saya naik Doctor'... he he.. Bila dah betul2 timbang.. memang seperti yang dijangka la.. berat aku naik 5kilo.. hu hu hu hu... Tekanan darah semua ok.. Aku 'diarahkan' oleh Doc tuk datang lagi esok ke klinik untuk minum air gula... (aku tk sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa).. uwaaaaaaaaa.......
Tapi tak kisahla asalkan baby aku sihat & bergerak aktif.. Masa scan, Doc agak payah nk ukur panjang baby sebab dia aktif betul 'main-main' dalam peyot aku... kejap kepala kat atas.. kejap kepala kt bawah...... Doc kata space lam peyot aku masih luas.. sebab tu baby bebas bergerak... Aku agak geli & tidak selesa bila baby aktif 'pusing-pusing'. Tapi jauh di sudut hati aku amat bersyukur sesangat kerana diberi peluang oleh Allah merasa nikmat mengandung.. :) Aku sentiasa doakan baby ini selamat lahir ke dunia dengan sempurna sifat kejadian & dipermudahkan oleh Allah aku melahirkannya nanti. Tak sabar aku nak tunggu detik-detik tu....
Balik ke rumah, kami mula bertungkus lumus menyiapkan menu untuk hidangan tetamu petang ni... Penat giler sebab kelam kabut memasak...Menu ringkas saja.. Bihun goreng, Mi goreng, puding kastad & agar-agar bersama air sirap. Ni kira minum petang la...
Majlis bermula jam 3.00pm. Bacaan Yasin oleh semua kaum hawa (Persatuan kaum2 Ibu di Taman Pelangi). Sepanjang Yasin dibaca, baby aku bergerak aktif seolah2 memahami majlis ini adalah tanda kesyukuran kehadirannya sentiasa disyukuri dan sangat dinantikan & mendoakan semoga semuanya selamat sehingga kelahirannya kelak. Bacaan doa oleh Ustazah (jiran sebelah umah) amat menyentuh hati aku.. Rasa sebak sesangat..Bacaan doa diselangselikan dengan makna doa tersebut.. itu yang membuatkan aku memahami doa tersebut.. huh.. insaf aku.. Selama aku hidup 29 tahun di dunia ini dengan diberikan keluarga, kesihatan, rezeki, suami, keluarga mertua dan segalanya dengan baik dan sempurna... Adakah aku bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku selama ini? Adakah cukup amalan aku selama ini? Kita lebih banyak pikirkan hal duniawi dari akhirat... Kita rasa kita telah cukup amalan, solat lima waktu, puasa di Bulan Ramadhan.. Tapi pernah ker kita pikir amalan kita ini diterima Allah? Nauzubillah...
'Ya Allah.. Aku bermohon padamu perkenankanlah setiap amalan yang aku lakukan, sesungguhnya hidupku dan matiku adalah untukMu Ya Allah'.
No comments:
Post a Comment