Wednesday, February 25, 2009

Teringat kenangan lalu..

Hari ni paling awal aku keluar umah... 6.45 dh kuar.. sebab MyHubby kena hadiri kursus kt Salak Tinggi.. adusss... malasnya nk bangun pagi....
Aku ingat aku orng pertama sampai ofis.. (perasan) rupanya dah ada orang..Tepat kul 7.45 sampai, makan breakfast sambil check emel...
Emm pepagi ni otak aku blur sikit.. tk der apa nk diceritakan... Hari ni genap kandungan aku berusia 31weeks... emm dah tk lama dah aku nk jd ibu... :)

Rasa sekejap masa berlalu.(padahal dh tua).. kih kih kih.. teringat masa belajar di U..Hari pertama aku daftar kemasukan di UUM pada 19 Mei 2001, aku dh menangis sbb berpisah ngan family aku waktu diorng nak balik.. uhuks.... sib bek ada kawan si Ju-a yang pujuk aku.. Teringat malam pertama tidur di Kolej Petronas, blok H bilik 216, aku ngan Ju-A sanggup tidur berdua atas katil single disebabkan dua2 penakut.. hehe.. habis sakit2 badan keesokannya..Minggu orientasi amat memenatkan..tapi best sangat melalui pengalaman diraging oleh akak & abang senior...





Terasa cepat masa berlalu. 3Thn di UUM banyak kenangan suka duka bersama kengkawan... Kawan-kawan baik aku (Ju-A, Iniey, Azah, Uji, Yana, Erveen, Gayah, Shada, Mek Ta, CT, Kak Zai, Chah) dengan perangai masing2 yang mencuit hati & boleh gelak klu teringat.....





Dalam pelajaran aku boleh dikategorikan pelajar biasa2 ja.. tak pandai tak bodoh sangat.. hehe.. Aku ni malas belajar, esok nk exam baru nk buka buku pastu study sampai tk tido..mula ketar kepala lutut ingat exam.. (padan muka sapa suh study last minit).. Hobi aku ngan kengkawan suka tgk CD (dulu tgk kt PC, mana nk ada DVD/VCD lam bilik).. kitorang suka tgk CD hantu tengah2 malam.. pastu menjerit kuat2 konon takut... kalau citer kelakar, gelak kuat2 dahla blok Koleh Petronas bersebelahan dgn Blok lelaki Kolej Gutrie... pedulik apa, janji kami hepi...

Kami penah bt keja gila main galah panjang malam-malam jumaat.. menjerit2 suka sampai kena sound dengan sorang budak warak (itu gelaran kami pada dia).. Antara ayat budak tu.. assalamualaikum... minta kawan2 semua tolong berenti main, jgn nk buat bising sebab student lain nk study, lgpun ini malam jumaat baik kita baca yasin'.. kami dengan muka ada sikit2 insafla.. blah macam tu jer.. hehe..tp lam bilik ngumpat budak tu... ellehhhh nk tunjuk warak konon... sebenarnya mmg salah kami sbb malam tu mmg malam jumaat & study week pulak tu.. kami ni jer yg tk sedar2..
Kalau di hari cuti ada jer plan kitorang... petang2 kait buah mangga muda.. ada tu tk sempat nk jd buah, baru berputik.. kami dh kait.. hehe macam orng kebulor dh 3bln tk makan nasik.... punyala sedap cicah colek kt tepi longkang...

kami penah syer duit ramai2 pegi berkelah di air terjun (aku tk ingat dah tempat tu..) tp kt Perlis.. menyewa 5buah kancil dan tema baju kaler merah hitam... best giler time tu.. kami penah masak guna rice cooker (klu tau pihak kolej kena rampas) buat sandwich & berkelah di Puncak Vista (satu puncak yang tinggi dan boleh nampak view seluruh UUM).. emm rindunya zaman2 tu...
Ada satu insiden yang sampai hari ni tkkan aku lupa adalah kisah pembuangan bayi di kolej kediaman aku.. Pepagi tu, dalam kul 8.00 aku ngan Ju-a dh gerak nk tunggu bas ke kelas.. aku perasan ada trak polis & bising2 di cafe D9. Aku ingat2 tak der apala & terus pegi kelas.. Habis kelas, balik kolej hajat hati nk sambung tidur sebb kelas seterusnya ptg nnt pulak.. Sampai bilik aku dengar dh bising2.. buka pintu tengok bilik bersepah, cadar bekas ditarik, tilam tonggang langgang... aku dh cuak, ingat ada orng ceroboh bilik..dipendekkan citer, rupa2nya pihak pengurusan Kolej buat spot check semua bilik student pempuan diperiksa kalau2 ada tanda orang bersalin kerana ada pembuangan bayi di kolej kami.. berderau darah aku bila dengar... aduiii sapala pulak yang buat kerja ni...mayat baby tu dijumpai oleh pakcik yang nk bakar sampah..bungkusan tu tk terbakar walau dicucuh api beberapa kali. Bila pakcik buka bungkusan tu, nampak telinga baby...Mesti terkejut beruk pakcik tu aku rasa.. Baby tu pempuan dan cukup sempurna sifat.. ya Allah kesiannya... mmg tk berperikemanusiaan orang yang membunuh baby tersebut.. Kes ni masuk dalam berita Metro dengan tajuk besar 'Pelajar-pelajar Kolej Petronas sedang diperhatikan'. Aduissss.. masuk kelas kalau lecturer tanya siapa tinggal kt Kolej Petronas semua tak angkat tangan termasukla aku.. kih kih kih..

Dari apa yang aku dengar... akhirnya ibu baby tu ditangkap & dibuang U. Dia bukan tinggal di kolej aku, tetapi aku difahamkan teman lelakinya adalah dr Kolej aku.. celaka betul jantan tu.. geram aku... Masa dilahirkan tk pasti baby tu masih hidup/ telah meninggal.. tetapi mayat baby tu dibalut dengan kain pelikat, dimasukkan dalam envelope besar dan distaple keliling dan dimasukkan dalam plastik hitam, lalu dibuang di bawah pokok tempat pembakaran sampah di kolej aku... sadis kan... lepas kejadian tu.. kami macam seram je lalu kawasan tu.

Kalau difikir-fikirkan, mujur Allah tak panjangkan usia baby tu sbb kalau dia hidup mesti lg banyak cubaan & dugaan yang bakal ditempuhi dengan keadaannya anak luar nikah.. Lebih baik Allah ambil nyawa dia, baby yang tidak berdosa dari membuat dosa kalau dia besar nnt..setiap kejadian Allah ada hikmahnya.. Al-Fatihah..

Aku tamat belajar pada bulan Mei 2003 dan konvo dalam bulan Ogos 2003

Akhirnya aku berjaya mendapat sekeping Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian. Pencapaian yang paling membanggakan dalam diri aku, mendapat Anugerah Dekan & Anugerah Kolej pada semester 2..(sekali je seumur hidup...)
Di hari konvokesyen, aku agak sedih sebab ayah aku tk dapat hadir kerana kurang sihat..Terima kasih pada Mak, Abang Ji Sekeluarga & Pak Ngah sekeluarga sudi meraikan aku di majlis bersejarah tersebut...



Semua kenangan di UUM akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.. Kini majoriti kengkawan aku semua dah kerja hebat2..& masing2 dah kawin & ada anak... itula kehidupan.. setiap orang ada rezeki masing2 & hanya berserah kepada Allah cara bagaimana pemberian rezeki kepada kita. Kita sebagai hambaNya, hanya mampu berdoa, berusaha & tawakal kepadaNya.. InsyaAllah... rezeki tu ada.....

Monday, February 16, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa


Pada 11 Feb 2009, aku singgah di The Mall (PWTC) pas balik keja... Hajat hati nk survey barang2 sikit... tetiba terpandang Kenny Rogers.. emm terus teringat kenangan masa aku dating ngan MyHubby.. (time couple2 gitu).. Terus aku ajak MyHubby pegi makan kt Kenny & sambil mengimbau kenangan tersebut.. Waktu tu tanggal 11 April 2007.. emmm hampir 2thn... time tu MyHubby shy-shy cat la.. iyala baru nak menjalin hubungan..Masa tu badan dia pun slim gitu... iyerla tengah sakit.. alhamdulillah sekarang telah diberikan Allah kesihatan yang baik dan semoga terus sihat dan dijauhkan dari segala penyakit.. Tengokla perbezaan dulu dan sekarang.. badan naik bagai di pam-pam...
11 Feb 2009




eee dh dhemokkkk...
tak kisahla asalkan abang sihat....





11 April 2007

kan aku dh bilang td... shy-shy cat kan.....



lepas ni mungkin kami akan bertiga pulak kot untuk mengimbau kenangan di Kenny Rogers The Mall...insyaAllah..

My Lovely Kg Sedim

Last 2 Weeks aku balik kg (Cuti Thaipusam) emmmm best giler.. aku klu balik kg excited sikit.. iyerla di samping dapat jumpa My Lovely Family, dapat juga release tension bila tgk sungai apatah lg klu dapat berkelah kt situ.. perkh best giler..

Balik kali ini MyMoInLw ikut sekali.. Kami bertolak dr Rwg dalam kul 9.00am.. balik ikut Highway sampai Ipoh & exit tol Changkat Jering, pas tu lalu jalan biasa area Taiping, Selama Perak, Selama Kedah & Mahang... Berenti makan di Kamunting Baru.. emm sedapnyaaaa makan kt situ.. time lapar lak tu.. ambik lauk lala masak lemak, labu masak lemak, talapia & pari bakar. fuh terangkat.. murah jer.. baru RM21.00 hengget.. untuk 3 orang makan..
Tak ada apa yang menarik sangat pasal kg aku ni... Cuma di situ terkenal dengan satu tempat berkelah atau dengan perkataan lebih menarik sikit.. tempat peranginan.. yang diberi nama Lata Sedim. Lata ni dekat aja ngan umah aku.. kalau naik kenderaan adala dalam 10 minit dan kalau jalan kaki pagi besok baru sampai.. sebab kerap berenti.. penat oooo sebab jalan berbukit sikit..

Hari ketiga aku di Kg, sempat la bawak MyMoInlw berkelah di Lata Sedim. Menu sah-sahla masakan kg... Asam Pedas Utara Batang Keladi, Masak Lemak Cili Padi Rebung + Udang, Cencaru Sumbat Bakar, Kembong bakar, Macam2 jenis Ulam + sambal belacan + budu..menu ringkas ni cukup membuatkan kami makan tak pandang kiri kanan dah..... pastu siap ada dessert lak tu.. Kastad Jagung (MyMoInLw yang buat), pastu buah kedondong cicah colek.. buah betik.. buah limau.. macam2 ada....

Pas makan, xtvt seterusnya mesti U All dh tau.. apa lg kalau tk mandi.. org yang paling suka mandi adalah anak buah aku si Akmal & Danial (Smpi menggeletar badan).. MyHubby pun sama.. suka macam tak penah jumpa air.. he he..jgn marah!!

Disebab terlalu excited berkelah, satu gambar pun tk sempat aku klik klik, namun untuk tatapan aku upload gambar kg aku yang telah sekian lama ku simpan dlam file.. mari kawan-kawan, tgk gambar My Lovely Kg Sedim (poyo jer aku ni..)


























Tree Top Walk salah satu tarikan pelancong untuk ke Lata Sedim sebab jambatan ni mmg panjang & tinggi, kita akan jalan melalui puncak pokok2 hutan.... mmg gayat la....

Inilah serba sikit tarikan di Kg aku... Sekarang penduduk Kg ku sedang membuat persiapan untuk menerima kedatangan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Dijangka Beliau sudi mencemar duli melawat Kg ku pada bulan Mac ini.

Monday, February 2, 2009

Minum Air Gula & ujian darah

02 Feb 2009 - Hari ini aku & MyHubby cuti sempena Hari Wilayah. Pepagi kami dh ke Klinik untuk temujanji ngan Doc. Aku perlu minum air gula sebab berat badan naik melebihi 2kilo dalam masa sebulan. Sepanjang kandunganku ini, in kali kedua aku minum air gula... sian aku kan....

Aku perlu berpuasa sebelum darah diambil. Bacaan darah aku pada jam 9.00am adalah 4.9 dan aku dengan wajah selamba (berlakon ja lebih.. padahal dalam hati rasa mual sangat) terpaksa minum segelas air gula pekat. eeee.... eeerkkkkkk.. alhamdulillah habis aku minum.. hilang seksa aku.. aku boleh makan apa saja & pukul 11.00am aku kena ambik darah lagi.. Sementara menunggu kul 11.00 kami pusing2 pekan Rawang.. aku beli Baju untuk Besday to my two Loves Nephew Danial ( 12 Feb 2009) & Akmal (29 Mac 2009). Lawa baju adik makcik beli... he he..

Kul 11.00am kembali ke Klinik & bacaan darah aku 5.6 alhamdulillah.. masih tahap normal.. Balik rumah, aku basuh kain, tolong MyMothInLw masak. Menu t.hari tu, Sayur masak lemak, goreng ikan, ulam kacang botol cicah sambal belacan & budu.. he he.. Pada aku menu ni memang sedap giler.. tp memandangkan aku terlalu penat.. aku makan sikit jer.. hu huhu

Lepas makan, lipat baju & aku naik tidur. Lepas solat Zuhur aku bantai tidur sampai kul 6.30pm.. Kelam kabut bangun sebab kena pegi klinik lagi untuk ambik darah lagi..(sesi petang). Lepas solat Asar, aku ngan MyHubby bertolak ke klinik.. Jalan jammed giler sebab ini waktu peak Hour (org baru balik keja & budak sekolah) hu hu...

Sampai klinik terus jumpa Doc dan bacaan darah aku pada jam 7.00pm adalah 5.8. alhamdulillah masih tahap normal. Kata Doc sekiranya bacaan darah aku melebihi/antara 7-8, aku perlu rujuk ke Hospital Kerajaan... tu yang tak nak.... leceh..

Aku diarahkan oleh Doc untuk makan sebelum last ambik darah pada jam 9.00pm nanti. Kata Doc, tujuan darah diambil pagi & petang adalah untuk melihat kandungan gula dalam darah dan hati berfungsi dengan baik.. Lebih kurangla penerangan dia.. aku pun tk tau nk explain macammana.. he he...

Kami pegi makan KFC dan solat Maghrib di Klinik (nak balik umah takut tak sempat sebab jalan jammed).. setelah lenguh kaki pusing2 the nearest area, kami kembali ke klinik tuk last ambik darah.. Aku penat sangat time tu. Rasa menyampah dah tengok klinik tu.. Doc & staf dia pun entah2 dah menyampah tengok muka kami jer ulang alik klinik hari tu..kah kah kah..

Aku agak pucat untuk last Blood Sugar ni.. aku takut kalau keputusan melebihi 7.. Doc pun gelak tgk tangan aku dah pucat.. he he..tp alhamdulillah bacaan darah aku pada jam 9.00pm adalah 6.4 masih paras normal.. huh... hilang rasa beban aku hari tu.. W'pun aku penat sesangat.. tp aku bersyukur sebab kesihatan aku masih normal... syukurrrrrr..

Balik rumah, tengok tv sekejap sambil makan puding kastad. Dalam kepala duk ingat baju tak iron lagi.. adusssss.. naik atas iron baju, solat insyak.. masa nak tidur...betis ni rasa lenguh semacam jer..lenguh sesangat.. nk mintak myHubby urutkan.. tp kesian.. dia pun penat.. Last2 aku tertidur macam tu jer.. ESOK KENA BANGUN AWAL.. DH START KEJA.. UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...

Kenduri Doa Selamat

01 Feb 2009- Hari ini kami mengadakan sedikit kenduri Doa Selamat & baca Yasin di rumah sempena tanda kesyukuran & agar semuanya selamat sepanjang kehamilan aku ngan MySisInLw.
Walaupun tidur lambat malam td (balik tgk konsert), Pepagi kami semua dh bangun untuk kemas apa yang patut & pegi NSK beli barang basah.
Sebelum minum pagi di kedai Mamak, aku, MyHubby, MySisInLw & MyBroInLw singgah di Klinik Keluarga Rawang. Aku perlu check up hari ini.
1st MySisInLw jumpa Doctor, kandungan dia ada sikit prob. kata Doc kedudukan baby songsang. emmmm.. sekarang kandungan dia dh nk masuk 8 bulan.. ada lgi sebulan, harap2 baby akan berpusing ke kedudukan normal..
Giliran aku jumpa doc.. aku agak ketaq kepala lutut bak kata oghang Kedah.. Bukan apa.. berat badan aku sah naik lebih 2 kilo... Belum Doc timbang, aku dh sound dia.. 'Berat saya naik Doctor'... he he.. Bila dah betul2 timbang.. memang seperti yang dijangka la.. berat aku naik 5kilo.. hu hu hu hu... Tekanan darah semua ok.. Aku 'diarahkan' oleh Doc tuk datang lagi esok ke klinik untuk minum air gula... (aku tk sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa).. uwaaaaaaaaa.......
Tapi tak kisahla asalkan baby aku sihat & bergerak aktif.. Masa scan, Doc agak payah nk ukur panjang baby sebab dia aktif betul 'main-main' dalam peyot aku... kejap kepala kat atas.. kejap kepala kt bawah...... Doc kata space lam peyot aku masih luas.. sebab tu baby bebas bergerak... Aku agak geli & tidak selesa bila baby aktif 'pusing-pusing'. Tapi jauh di sudut hati aku amat bersyukur sesangat kerana diberi peluang oleh Allah merasa nikmat mengandung.. :) Aku sentiasa doakan baby ini selamat lahir ke dunia dengan sempurna sifat kejadian & dipermudahkan oleh Allah aku melahirkannya nanti. Tak sabar aku nak tunggu detik-detik tu....

Balik ke rumah, kami mula bertungkus lumus menyiapkan menu untuk hidangan tetamu petang ni... Penat giler sebab kelam kabut memasak...Menu ringkas saja.. Bihun goreng, Mi goreng, puding kastad & agar-agar bersama air sirap. Ni kira minum petang la...

Majlis bermula jam 3.00pm. Bacaan Yasin oleh semua kaum hawa (Persatuan kaum2 Ibu di Taman Pelangi). Sepanjang Yasin dibaca, baby aku bergerak aktif seolah2 memahami majlis ini adalah tanda kesyukuran kehadirannya sentiasa disyukuri dan sangat dinantikan & mendoakan semoga semuanya selamat sehingga kelahirannya kelak. Bacaan doa oleh Ustazah (jiran sebelah umah) amat menyentuh hati aku.. Rasa sebak sesangat..Bacaan doa diselangselikan dengan makna doa tersebut.. itu yang membuatkan aku memahami doa tersebut.. huh.. insaf aku.. Selama aku hidup 29 tahun di dunia ini dengan diberikan keluarga, kesihatan, rezeki, suami, keluarga mertua dan segalanya dengan baik dan sempurna... Adakah aku bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku selama ini? Adakah cukup amalan aku selama ini? Kita lebih banyak pikirkan hal duniawi dari akhirat... Kita rasa kita telah cukup amalan, solat lima waktu, puasa di Bulan Ramadhan.. Tapi pernah ker kita pikir amalan kita ini diterima Allah? Nauzubillah...

'Ya Allah.. Aku bermohon padamu perkenankanlah setiap amalan yang aku lakukan, sesungguhnya hidupku dan matiku adalah untukMu Ya Allah'.

Pameran Kerjaya bersama ATM

31 Jan 2009 - Aku, MyHubby, MySisInLw & sepupu pegi ke Dataran Merdeka untuk konsert Angkatan Tentera Malaysia.. Konsert malam tu TLDM & MyBroInLw main muzik.. tu yang kami pegi tu..
Bertolak dari rumah lepas asar & parking keta kt Sentul. Pastu naik LRT turun di Sogo.. Sempatla kami singgah Sogo, tk beli apa pun.. sale banyak gak..
Kami singgah solat maghrib di Semua House & pusing2 pasar malam... makan laksa utara.. Sepupu aku sempat 'tangkap' kain cotton.. (lawanya corak...pink cream) murah jer.. 45 hengget tuk 5 meter.. Aku agak teruja macam nk beli.. tp memandangkan bila laaaa aku nk buat baju... huh... tak payah!!!
Lepas beli kebab sorang & Popcorn.. kami menyusuri jalan TAR/Masjid Jamek tuk ke DM... penat oooo.. sakit kaki aku... MyHubby yang tak pegnen pun mengeluh.. apatah lg aku.... Akhirnya kami sampai gakla ke DM setelah berpenat lelah... masa tu konsert baru nk start dalam kul 9.00 mlm.. so, inilah gambar sempat aku klik klik...











Beli kebab ayam sorang satu & popcorn..












Cuba tgk gambar ni.. nampak ketara peyot aku kan.. he he.. cam tk cayerrrrr pun ada...bukan apa.. nampak aku ni dhemokkkkkkkk... uwaaaaaaaaa.. aku rasa sebab baju aku pakai ni.. he he.. :) Masa gambar ni diklik, MyHubby tahan nafas.. kunun2 nk bg peyot dia nampak kempis.. kah kah kah.. ingat aku tk tau ler tu...













Gambar ambik sendiri.. punyala payah aku berjengket kaki.. konon nk bg sama tinggi wt MyHubby..
Dua mak buyung.... masa tgk konsert tu anak lam peyot gerak aktif sungguh sebab dengar muzik kuat.. aku ngan MySisInLow duk lawan pegang peyot.. he he

















Klik Klik...
Suasana Malam di Dataran Merdeka.. emmm.. nice view

Gambar ni masa konsert tu.. TLDM kt belakang penyanyi yang di tengah2 (tgh tiup trumpet) is MyBroInLaw...
Konsert malam tu habis dalam kul 11.00 mlm.. kami berjalan lgi ke Stesen Masjid Jamek tuk ke Sentul ambik kereta. Disebabkan MyBroInLw akan ikut kami balik Rawang malam tu, kami kena tunggu dia selesai konsert. Sambil2 tu kami lepak di Plaza Pekeliling makan ayam goreng & kebab.. aku pekena fresh orange.. perkhhh sedap gak...
Lepas jemput MyBroInLw di Hotel Plaza, kami bertolak balik Rawang dalam kul 1.00am... Sampai Pekan Rawang, singgah kedai mamak sebab MyBroInLw lapar.. aku dh minum apa.. sebab penat sesangat.. Sampai umah lam kul 1.30am.. tong tang tong tang... tidur kul 2.00am.. aduss penatnya.......