28 Mac 2009 (Sabtu) - Hari ni adalah My Besday yang ke.. ?thn.. hehe.. Dah semakin tua aku ni ek.. emmmm.. alhamdulillah.. sehingga hari ini aku masih lagi bernyawa & dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah... Syukur Semoga aku akan terus diberi kekuatan & kesabaran dalam mengharungi setiap dugaanmu Ya Allah..Jadikanlah aku seorang isteri yang baik pada Suamiku, anak yang sentiasa doakan kesejahtera Ibu Bapa & Keluarga, limpahkanlah rezeki serta rahmatmu Ya Allah..& kurniakanlah kehidupan yang lebih baik di Dunia & Akhirat..sesungguhnya Engkaulah Tuhanku yang maha mendengar lagi maha mengetahui.... Amin ya Rabbal alamin
InsyaAllah tahun depan aku sambut besday sebagai seorang wanita yang telah bergelar ibu..
Tak ada apa yang menarik besday aku ini...sekadar ucapan dari sedara & kawan2 yang masih setia mengingati besday aku...Thanx to Jua, Hani, Awin, Adik Na & kak CT kerana U all masih ingat my besday.. terharu aku...
Untuk MyHubby, T.kasih menjadi Suami yang amat memahami & sanggup menerima macam2 peel elly ni..Semoga rumahtangga yang baru kita bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki oleh Allah & dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah...... :-)
4 my coming baby....Ibu sentiasa berdoa pada Allah.....
"Ya Allah, peliharalah anakku selama dalam kandunganku dan sembuhkan dia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-Mu, sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah dia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik, berakal, berilmu, serta beramal soleh. Ya Allah, elokkan akhlaknya (perangainya), fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Qur'an dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w."