Wednesday, January 27, 2010

Aimy dh terima Hadiah.. TQ MamaAdwan

salam kengkawan....
Dah lama tk update blog kan.. lately ni bizi tahap gaban la... huhu...Disebabkan aku akan bercuti seminggu start minggu depan, banyak keja nk kena setelkan... Cuti sebab nk balik kg & terus pegi kursus 4 hari. Terpaksa lagi aku tinggalkan si jantung hati ku itu... Harap2 Aimy ok nnti tidur ngan nenek ngan abah ek...Aimy malam2 ok, tk banyak ragam.. cuma kuat menyusu je malam2..Tapi klu ibu ada pun, malam2 abah dia gak bangun buatkan susu.. ibu tk pernah bangun buat pun... kih kih...


Banyak tul keja tertangguh ni...tu yang agak kelam kabut ni.. sebelum ni buat keja main2.. padan muka aku.. huhu

Tgh berkerut2 kening buat keja td.. tetiba datang kerani sorang nk agih2kan surat.. di smping surat2 tuh ada terselit satu dokumen yang agak menarik perhatian aku... tgk pada pengirim baru ku tahu.. ini mesti hadiah untuk Aimy kerana menang tempat ke dua Notti Face Giveaway. Apa lgi dengan rakusnya aku membuka.. kih kih.. payah tul nk buka.. nampaknya MamaAdwan ni teliti dalam membalut hadiah tersebut.. kih kih.. bila dibuka.. wahhhhhhhhh.. aku agak teruja.. cantiknya buku untuk Aimy.. mesti Aimy suka bebenor nih.. Nnt ibu tolong bacakan untuk Aimy buku 'Sparkly Angel' tu kt Aimy ek...

Gambar aku tk snap lg.. sebab kamera kt umah.. nnt aku upload gambar buku tu dalam next entry ek...


Aku attach perjalanan buku tersebut dari hari pertama di pos kan oleh mamaAdwan sehingga aku selamat terima buku tersebut td... nampak ke? klu tk nampak buat2 nampak la ek.. kecik sangat... huhu..


Apapun t.kasih tidak terhingga kepada penganjur contest tersebut. Nanti anjur lagi ek.. hihi..

p/s: to MamaAdwan, Thanx guna Poslaju.. hantar semalam, hari ni dh sampai.. ternyata Poslaju Rakan Kepercayaan Anda!!!.. wah2 pomot nampak..kihkih..

Thursday, January 14, 2010

Saat-Saat Terindah Ibu & Ayah Bersama Si Manja

SAAT TERINDAH IBU & AYAH BERSAMA SI MANJA


satu lgi contest aku nk join... hihi.. gile tul aku ni... meh baca syarat2nya


WAJIB jadi follower RAYYANOUTLET ;
2) warganegara MALAYSIA;
3) hantarla pict² terindah ibu & ayah bersama si manja anda..
4) sila letakkan sticky mode (pic itam pth di bwh tu) di sidebar anda & link kan nya di dlm link list korang
5) copy juga banner rayyanoutlet di side bar anda (tak paksa, klu nk letak pun boleh, xmau letak pun xpe)
6) sila tinggal kan link anda di kotak komen ya utk tuan umah melawatPemenang2 berdasarkan pemilihan JURI TETAP RAYYANOUTLET
Hadiah????

- kitaorang akan bg sesuatu istimewa yg jarang dibuat org...akan jadi satu kenangan utk family kawan2 ye...jgn sedihhhh..upin ipin dah minta ibu sediakan hadiahnyer ...hehehe
CEPAT!!!JOM JOIN SEKARANG!!!

Ok, ini gambar yang dipertaruhkan...

Kenangan terindah sewaktu pertama kali bercuti di Pengkalan Lumut, Perak.

Contest Sweet Picture Anak Bersama Ibu

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU
Kawan2 meh kita ramai join contest yang dianjurkan oleh Eiya ni....

Syarat2 adalah seperti berikut...
1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan..
2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir..
3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri
4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg..
5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET
6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua
7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine
8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..itu jer...senang je..
HADIAH??Suprise la...tapi confirm best utk korg n your kidsSo rajin2 kan diri anda untuk join...Thanks!!!

so, inila gambar yang dipertaruhkan...

Nama Ibu: Wan Noor'Aili Wan Hussain

Nama Baby: Aimy Zulaikha Mohd Ismail

Tarikh Lahir: 24 April 2009

Gambar ni diambil di Pantai Geting Kelantan, tempat di mana 1stime Aimy & saya jejaki. Gaya Aimy yang spontan memegang dagu ibunya amat sweet sekali. Posing macam budak besar, padahal baru berusia 5 bulan ketika itu. Sayang anak ibu!!

Wednesday, January 13, 2010

Teramat menyentuh hati..

Lunch td aku malas nk makan... jd aku godek2 blog kawan2.. Tetiba jariku ni terklik kt satu blog ni.... Mula2 baca.. emmm cerita biasa pasal anaknya yang tersangat cute tuh....lama2 aku baca.. makin tertarik hati... aku teruskan baca lagi... makin lama... makin ku paham apa yang cuba disampaikan oleh tuan py Blog.... bait2 ayat dia amat menyentuh hati, perasaan & naluri aku sebagai seorang yang bergelar ibu.. sumpah!!! aku begitu terharu. Penceritaan beliau mengenai kehidupan beliau bersama anaknya itu membuatkan mataku tk kering dengan air mata.(nasib baik ofismate aku tk pasan aku nangis)... ya Allah!!!.. sungguh syahdu apa yang disampaikan oleh beliau, ketabahan seorang ibu & ayah yang menjaga & memelihara anak istimewa yang sangat comel...

Hatiku paling tersentuh bila menatap satu gambar dalam blog tu.. sewaktu si anak berbaring di atas katil dalam wad.. tangan si ayah memegang si anak untuk menenangkan si anak. tapi paling syahdu, tangan kecil si anak juga turut sama2 memegang tangan si ayah, seolah2 menenangkan si ayah supaya jgn risau ttg dia.. ya Allah.. syahdunya ku rasa.. uwaaaaaaaa... mybe korang penah baca blog ni / mmg follower blog ni... tp klu yang belum baca... klikla di sini...
klu korang tk nangis.. mmg keras hati betul la....

apapun, untuk jiey.. semoga terus tabah hadapi dugaan. Semoga Rayyan sihat selalu.... meh kawan2 kita doakan untuk kesejahteraan Rayyan, anak comel yang baru mengenal erti hidup. Maafkan elly membuat entry khas ini. W'pun kita tk penah kenal... tp entahla.. tetiba datang satu perasaan untuk melahirkan apa yang saya rasa. Mohon ampun kalau Jiey tidak suka entry ini. TQ

Cabutan Bertuah MDM 2010


hihi.. disebabkan asha menjadi komenter yang pertama untuk entry hari ni... aku berbesar hati nak join contest ni.. eh.. lucky draw nih..

Ini syarat2 cabutan bertuah kali ni... nk tau lebih lanjut klik blog asha ek..

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;
2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010;3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke entry ini
4) Mestilah dan wajib jadi follower blog ini (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);
5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010;
tetapi, ada tetapi tu....pada 16hb Januari 2010 jam 2 petang ada 2 cabutan akan dilakukan untuk hadiah VOUCHER PERCUMA BUKIT GAMBANG WATER PARK KUANTAN, PAHANG setiap seorang. nama akan diumumkan pada hari yang sama 16hb Januari 2010 jam 3 petang dan akan diposkan kepada 2 follower bertuah ini pada hari 17hb januari 2010...sekiranya pada 16hb januari 2010 tidak ada respon diberikan daripada yang bertuah, maka kepada penyertaan yang sebelum 16hb ini hendaklah meng EMEL kan kepada saya nombor telefon anda supaya mudah saya hubungi dan bertanya alamat, kerana saya ingin poskan dengan segera pada hari AHAD 17hb Januari 2010. emelkan ke azrisha03@yahoo.com
Simple kan... tp itula.. kalaula nasib aimy baik dalam cabutan ni... mesti tk dapat jugak hadiah sebab di rumah saya takder tenet.. camner nk bg respon & emel alamat.. tapi untuk 'keselamatan'.. hihi mana la tau kalau ada rezeki, baik saya emelkan siap2 alamat saya pada asha.. so, asha jgn lupa check emel ek...apapun kita join jugak.. meh kawan2 kira ramai join cabutan bertuah ni.. yezzaaaa!!!

Alhamdulillah... Akhirnya Aimy Menang!!!!!!!

Salam semua.... lamanya aku tk update blog ni kan.. bukan sibuk mana pun.. cuma malas & ada family matter je lately ni....

Ni saja aku nk gambarkan kegembiraan aku sebab 1st time menang untuk contest yang aku join bersama kawan2 blog. Apa yang membuatkan aku gembira, dalam bulan ni Aimy menang dalam dua contest iaitu Ceria Si Ayah bersama Anak anjuran Fasha . Lagi satu contest iaitu Notti-Face Giveaway anjuran MamaAdwan Kedua contest ni Aimy merangkul tempat kedua.. Apapun t.kasih kepada kedua2 penganjur memilih Aimy Zulaikha sebagai pemenang.. Nanti Aimy akan join lg banyak contest.. kalau menang dh rezeki, kalau kalah...tak ada rezekila jawabnya kan..Kita hanya suka2 & untuk menambah kenalan sahaja kan....
ok, meh kita tgk gambar yang Aimy menang... taraaaaaaa
1) Ceria Si Ayah Bersama Anak (tempat kedua).. Kalau nk tau lebih lanjut klik blog fasha ek..


2) Notti-Face Giveaway (tempat kedua).. klik blog MamaAdwan ek..


ini list untuk top 10


Ini gambar notti Aimy.... hihi

Terima kasih kepada penganjur contest....

Tetiba baru teringat, saya belum lg ucapkan selamat thn baru 2010 pada semua kawan2... iyer arrr sebab dh lama tk update blog... Apapun selamat Tahun Baru (sori lambat wish.. belum terlewat kan...).

Sentiasa ku panjatkan rasa kesyukuran, masih diberi nafas oleh Allah untuk terus hidup di samping keluarga yang ku sayang, diberikan kesihatan yang lebih baik dan berterusan. Semoga Tahun 2010 ni akan membawa lebih rezeki & keberkatan dalam hidup kami sekeluarga. Semoga impian kami akan menjadi kenyataan & dipermudahkan dalam segala urusan. Amin ya rabbal alamin....