Wednesday, October 28, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel
Ini 1st time aku nk mencuba nasib untuk anak aku untuk contest ni.. mana tau ada rezeki kan..

Antara hadiah yang ditawarkan :
Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~
******************

Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Online contest ini di buka dari 15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
Done
Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
Done
Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
Done
Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet.
TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
Done




















Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
Nama : Aimy Zulaikha Mohd Ismail
Umur : 6 bulan
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
Done
AMARAN: no link back will be disqualified
OK
Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
0k
** Smileykidz, nk bgtau contest awak yang 1st kita join...klu tk complete bgtau ek..

Monday, October 26, 2009

Hari Lahir ke 6 Bulan

27/10/2009- Selasa. Hari ini genap umur anak daraku berusia 6 bulan. Perangai baru dia sekarang ni suka tumbuk2 perut dia klu terlalu suka.. pastu dh pandai tegur2 orang, klu orang tu buat tak tau aja kt dia.. dh pandai buat2 batuk, konon2 nk tarik perhatian orang... ee macam2la..

Apa-apapun, ibu doakan anak ibu sentiasa dalam kebaikan, sihat selalu, buat perangai baik2 je ok.. Amin.

Tuesday, October 13, 2009

MENGINSAFKAN SUNGGUHHH....ASTAGHFIRULLAHALLAZIMMM.....

14 Oct 2009(Rabu)- Pepagi aku bukak PC, dapat emel yang amat menginsafkan aku sebagai Hamba Allah.. ya Allah!!! rasa cam dh tk n ak buat dosa... u all bacala kt bawah ni...


ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.  

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat : a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Monday, October 12, 2009

Minggu Ketiga Raya

Aktiviti sepanjang hari weekand.
10 Oct 2009(Sabtu)- Aku mmg telah dimaklumkan oleh MyHubby yang ofis dia ada buat OP hari ni.. tp aku mmg malas nk pegi sebab kena pegi pepagi.. ikut time dia keja... tp dia beria-ria ajak... aku pun ikut jer la... kami sampai ofis dia dalam kul 10.00.. hehe.. bukan time keja ni... masa sampai di ofis tu dh ramai.. aku just tunggu kt kereta je.. penatnya menunggu sebab makanan belum sedia lagi...MyHubby kata lambat sebab ada Penyampaian Pekerja Cemerlang... oooo baru aku teringat.. hari tu ada dia bgtau dia dicalonkan sebagai Pekerja Cemerlang.. patut beria ajak datang jugak... tp malangnya.. aku tk dapat tgk dia ambik sijil tu sebab aku kt parking menunggu dengan si kecik ni... tk perla.. tgk gambar pun jadila...
Tahniah!!! Ibu+Aimy ucapkan... Moga akan terus cemerlang bukan dalam kerjaya saja tp semua apa yang diceburi. Amin...





Emmm.. jam ni dia tk nak... jadi hak akula pas ni... hihi







Aimy masa kt Ofis abah dia.. dia bantai tidur.. penat kot sebab duk tgk jer orang makan.. tp dia tk leh makan.. baik tidur jer... macam2 makanan ada.. satey+ck teow+bihun+mi goreng+roti jala+rojak penang+cendol+aiskrim+nasi+kari kepala ikan+kuih muih+lemang+rendang dsb.
Kenyang betul.. yang paling sedap aiskrimla... nestle.. main ambik jer baper scoop mau!!!!




sedapnya dia lentok ek....










gambar makanan takyahla upload ek...























Dalam kul 12.30 kami cau dr ofis MyHubby.. decide nk jalan2 ke JJ Setiawangsa. Orait gak sebab kami tkpenah pegi situ... Dalam perjalanan Aimy tidur + dh masuk lama JJ pun dia tidur lagi...

































Bila terjaga dr tidur.. perkara pertama mesti senyum.... semangat w'pun mata masih kuyu..

















Kami just ronda2... tk der apa yang menarikla kt sini.. tk happening... senang citer.. tk best arrrrr...!!! huhuhu... kami kluar JJ kul 3.00pm & terus balik rumah.. sbb malam ni ada lg satu OP.. jiran setaman...






11 Oct 2009(Ahad)- Hari ini mmg kami sekeluarga tk ke mana2 sebab ada buat makan2 sikit kt umah.. kira cam OP jugak la.. tp kecil-kecilan jer.. just jemput sedara & jiran terdekat... Mak mertua masak nasik kerabu. Tapi penat jugakla sebab nasik kerabu kan banyak renca... sebab tetamu datang tk tentu masa.. sampai 10.30 malam last tetamu datang.. makan apa yang ada jer la..




pepagi mandikan si kecik ni dulu.. dia pun syibukkkk jer..jerit2 sebab orang semua sibuk, tk dapat layan dia..








dia kalu mandi mmg suka sangat...



















Ini 'uniform' untuk t.hari-nak sambut tetamu


'Uniform' petang. Masih ceria w'pun penat...
Apapun enjoyla w'pun penat.. T.kasih pada tetamu yang sudi datang beraya... lepas semua tetamu balik jam 11.00 pm, otak baru terpikir.. alamak, baju keja tk iron lagi.. uwaaaaa..... penatnya... esok dh nk keja...

Sunday, October 11, 2009

Minggu Kedua Raya....

Macam dh lama aku tk update.. malasnya.... tp untuk tatapan kengkawan yang sudi singgah kt umah saya ni.. meh saya citerkan aktiviti di hujung minggu dalam bulan Syawal ni...

3 Okt 2009 (sabtu)- ni kira minggu kedua la kan.... hari ni ada banyak OP(Openhouse).. 1st destinasi kt umah jiran jer.. dia buat OP merangkap cukur jambul cucu dia..

Aku excited pegi.. tp tu la.. nk dijadikan cerita.. dh seminggu aku menderita kena ulser mulut.. makin lama makin besar.. macam2 ubat aku bubuh, kumur air garam pun buat.. mak aihhh meleleh air mata.. tahan la jugak.. tp makin teruk... last2 gi klinik... doc bg ubat oral aid.. hemmmm tk jalan gak.. bangun pagi jer bibir bengkak.. (dh macam angelina Jolie aku tgk..) kt ofis member suggest beli ubat kt kedai ubat Cina.. sebotol ubat tu dalam 1-2 hengget jer.. nama ubat tu watermelon frost ubat ni serbuk biji tembikai.. cepat2 aku call myhubby mintak beli kt kedai ubat cina.. 2,3 kali bubuh.. alhamdulillah dh kecut...(tk snap lak gambar ubat tu kan... )

Ok, aku sambung pegi OP... sian aku.. disebabkan sakit mulut.. bermakna tk dapatla aku nk menikmati juadah sedap2 belaka tu.. semua OP ada kambing.. hu hu hu..

OP kedua kami pegi ke Brickfield ke kedai cetakan sepupu kepada MyHubby..kt sini pun ada kambing.. (my feveret)... huhu.. aku just makan sate.. & laksa.. (act.. kuah jer.. sebab mulut sakit sangat).. rasa nk nangis sebab nafsu makan ada & perut lapar.. tp tkleh makan.. sedihnya..macam ni la.. bila Allah tarik sekejap nikmat makan pada aku.. rasa insaf untuk diri sendiri.. tkpenah aku sakit mulut macam ni sepanjang aku hidup.. kali ni paling teruk.. alhamdulillah... dh sembuh.. rasa insap gak nk ngumpat, sebab dh takut.. kerana mulut badan binasa.. hihi tgkla kt bawah.. sempat aku snap gambar di kedai sepupu..





















4 Okt 2009 (Ahad)- Hari ni hajat hati nk pegi umah Ayah mertua di S.Alam.. tp dia tk derlak.. tukar plan terus gi jalan2 umah sedara di Gombak & Tmn Batu Muda... Pepagi, bawak Aimy gi cucuk 5 bulan.. malangnya Doc faizal cuti.. dh kena ganti Doc lain.. Aku dh malas mulanya.. sebab Aimy tk biasa ngan Doc lain. Tapi budak2 kt klinik tu kata.. 'ok kak, Doc ni pun boleh..' aku pikir okla sebab bila lg nk datang... masuk bilik Doc.. Doc lelaki...aku tgk Doc ni alahai..lembutnya... time nk cucuk Aimy... dia buat lemah lembutla.. Aimy skang ni dh lasak... dengan kelembutan yang Doc ni ada... Aimy nangis.. myb sakitla sebab selalu Doc Faizal buat cepat... ini nk cucuk pun lambat..mesti sakit.. Aimy tkpenah nangis sebelum ni kalu cucuk..sian anak ibu.. len kali kita buat kt Doc Faizal jer ek... emmm... berat Aimy naik 200gm jer.. dh jadik 6.7kg.. okla sayang.. atleast naik jugak kan... skang aku dh mula suapkan nestum.. harap2 bulan depan naik lagi k... cepat besar anak ibu..

Lepas gi klinik.. kami breakfast merangkap lunch.. dengan kesakitan yang ada... aku makan jugak sebab lapoooo... pas tu baru gi jalan ke umah sedara... Aku dh siap2 bg makan ubat lepas cucuk... nasib baik anak ibu tk demam.. sebab kami sampai umah dh jam 9.00 malam.. hihi... anak ibu kuat semangat.. walaupun 'bisnes' hari tu tk berapa maju.. hihi.. hanya kami yang memahami maksud 'bisnes' tersebut.. hahaha... ok, tgkla gambar yang sempat di snap..





Actly.. aku suka tgk gambar ni.. nampak Aimy macam budak besar... sayang anak ibu ucuk acam ni....








































nnt aku akan post lgi gambar kami beraya di minggu seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Sambungan Crita Raya 2009

21 Sept 2009 ( Isnin)- Raya kedua, aku excited sebab baru nk mula beraya ke rumah sedara di Kg. 1st aku beraya di rumah Pakngah (sebelah rumahku aja), pastu gerak ke umah tok, tp malangnya tok takder umah lak.. terus ke umah makcik.. lepak2 umah makcik, balik umah singgah umah Pakngah & makan laksa & bihun sup.. jiran kt sebelah ni duk jerit2 panggil ajak makan bihun sup jugak.. aduiiii penuhla perut aku ni.. camno nk diet ni.. hihi.. aku bedal jer.. raya setahun sekali.. hik hik. balik umah lepak2 jd ular sawa.. kenyang..la.. la..la... tidurrr

Note: hari ini dah 2hari Aimy tak berak...Risau aku dia macam tk selesa.. tp aku bawak jalan gak.. hihi














22 Sept 2009 (Selasa)- raya ketiga, aku plan ngan family + abang 1 nk beraya di rumah sedara belah ayah aku.. 1st singgah umah pakndak (tk der umah), pastu terus gi umah maknjang.. siap makan t.hari kt situ & terus ke umah Cu. Siap solat zuhur berangkat ke rumah Ngah di pekan Kulim. Semalam aku dh pesan mintak dia masak mi kari.. hik hik.. tk sangka dia buat betul2.. emmm.. lepak2 umah dia.. makan mi kari berpinggan2. pulun sungguh abang, ayah & MyHubby. semua dh kenyang perut, dah tk larat nk jalan beraya.. tp singgah jugak umah paksu sebab satu taman.. Maksu pulak buat Mi kuah.. aduiii.. aku, abang, Akmal & Mak rasala jugak tak mau maksu kecik hati.. perut ni dh penuh, rasa nk muntah pun ada.. tetiba MyHubby ngadu sakit perut & rasa nk muntah.. ulang masuk tandas.. risau gak sebab takut tk leh drive.. relax2 kejap, nasib baik ok... dalam kul 6.30 bertolak balik umah.

Hajat hati nk singgah giant Kulim. Giant ni aku tk penah singgah setelah lebih sebulan baru dibuka.. tp mengenangkan Myhubby pun tk sihat & Aimy pun dh buat muka boring.. buat keputusan balik umah jer la...

malam, abang 2 aku balik dr Pahang (umah mertuanya)

Note: hari ni Aimy 'membuang' di umah Ngah.. hehe.. sian dia dh 3 hari tk membuang.. alhamdulillah..

23 Sept 2009(Rabu)- Raya keempat, kami sekeluarga plan nk ke umah Paklang yang baru pulang dr Umrah. Aku mmg dh lama niat nk ke umah Paklang sebab dia belum lg penah jumpa MyHubby.. So, kami gerak 3 keta & sampai di umah Paklang dh t.hari & seperti biasa makan kt situ...

Note: sekali lg Aimy 'membuang' di umah PakLang... sian dia.. lama sangat menyimpan.. tu yang membuang banyak tu & hari2 lak tu.. hihi..

Lepas beraya di umah Paklang, kami decide nk ke Jaya Jusco Bandar Perda. Kami & Abang 1 jer pegi. Abang 2 tk ikut.. plan mula, semua nk pegi, last minit macam2 jadi.. kami pegi 2 keta jer. Disebabkan tempat baru, kami sesat.. tp ringan mulut bertanya.. alhamdulillah jumpa..

emmm.. tempatnya cantik, macam Jusco Mid Valley.. cuma tk ramai, mungkin sebab raya atau masih baru.. kami lepak lama.. siap solat Asar & dalam kul 7 gerak balik rumah. balik, Abang 1 nk belanja makan di Restoran Nasymir.. semua macam kebulur.. order sama.. nasik pataya.. (cepat sikit)... semua makan licin pinggan... nasib baik Aimy baik & aku makan dengan tenangla.. hihi... Dh kenyang perut, kami bertolak balik umah...








24 Sept 2009 (Khamis)- Raya Kelima, kami just rehat2 di rumah.. tunggu sedara lak datang umah...malam, kami ke Pasar Malam Kelang Lama Kulim. hajat nk singgah pi rumah Pengurus PL Kulim... tp tgk aku simple ngan t.shirt & tracksuit.. seganla pulak... so, decide aku belanja makan mi kuah kegemaran aku.. pastu, niat nk ke Giant, tp tetiba Aimy buat perangai nangis teresak2.. mybe tk selesa sebab selesema.. sekali lg kami batalkan nk ke giant.. tk der rezeki... terus balik umah.....
25 Sept 2009 (Jumaat)-Raya keenam, just rehat2 di rumah. MyHubby & ayah ke pasar pagi (Malau).. suka bebenor di ke situ.. aku dh listkan barang nk suh beli untuk masak esok..
T.hari kami bakar ayam & makan beramai2.. emmm sedap.. Petang aku gi umah makcik, maghrib balik umah dh penuh ngan sedara datang.. penat gak.. nasib baik diorang tak makan malam kt situ.. klu tak.. apa nk dikata.. kena masak jugak la.. hihi
26 Sept 2009 (sabtu)- Raya ketujuh,pepgi aku bangun, agak terkejut tgk muka aimy. Bawah kelopak mata dia dh calar2.. agak dalam luka tu.. ni mesti dia dh tenyeh2 mata semalam.. abis mata terkena rantai tangan yang dia pakai tu.. aduiiii matila aku.. nnt kena marah ngan nenek rawang dia nnt... emm nk buat camana, dh tak comei anak ibu..
Pastu aku gak bz.. pepagi aku dh siap nyibukkan diri masak bihun tomyam sebab sedara aku nnt ramai nk datang... sekejap aja, masak tomyam, main campak2 saja... dh siap.. diorang sampai t.hari & dah makan kenduri di rumah jiran. sebab tu aku buat tomyam aja... makan ringan2...
Malam, lepak2 umah jiran sebelah sambil makan limau bali.. sedap... teringat esok dh nk balik.. uwaaaaa.. kejapnya rasa duk kg.. balik kemas2 sikit barang, esok niat nk bertolak pepagi sikit, takut jammed...
27 Sept 2009 (Ahad)- raya kelapan.. pepagi, bangun makan dulu.. sambil2 kemas barang... breakfast simple... naik goreng + ikan masin.. emmm sedap sebab asyik makan daging + ayam aja...naik muak rasa..

Lepas bersalam semua.. kami bertolak balik ke Rawang dalam pukul 9.30am. lalu Changkat jering. Jalan tk jammed langsung.. cuma R&R agak ramai orang... kami singgah Tapah sahaja untuk ke tandas & teruskan perjalanan. Kami sampai di Rawang pukul 1.30 t.hari.. sekejap aja kan... rindu pulak kt Kg... hihi.. inyaAllah nnt balik pulak.... Inila rentetan crita raya Aidilfitri 2009. Apapun Raya besttttttt!!!
Note: sampai Rawang, nasib baik tk kena marah ngan nenek Aimy sebab dh calar2 mata... hihi... Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. :-)