Tuesday, September 29, 2009

OTW balik kg- Petang Raya

20 Sept 2009 (Ahad) - Pagi- lepas Myhubby balik solat raya & salam ngan keluarga, kami terus ke Batu Muda untuk beraya di rumah makngah & maklang..Hajat mak mertua nk pegi kubur, tapi mungkin kurang tidur malam tadi.. tetiba jadi pening.. terus tak jadi pegi kubur & pagi umah sedara jer... Gambar ni Aimy ngan nenek & toklang dia... Walaupun singgah sekejap2 di rumah sedara, banyak gak Aimy dapat rumah raya... rezeki.. hihi

















Petang, lebih kurang pukul 3.45 pm, kami bertolak dr Rawang untuk balik ke kg di Kulim Kedah...
Petang tu hujan & jalan tak jammed walaupun banyak keta kt highway... Aimy, masuk jer tol rawang, dia dh tidor.. ngantuk sangatla tu.. sebab banyak jalan mengutip duit raya pagi td.. hik hik..


Aku tk banyak snap gambar... tak sempat..
Waktu singgah di R&R Tapah time MyHubby beli KFC, sempatla aku snap gambar.. itupun sejurus Aimy baru bangun dr tido.. tgkla gambar Aimy yang tkder mood nk bergambar.. okla tu... dengan baju gaun ijau dia tu...















Kami exit tol Changkat Jering & singgah di umah sedara MyHubby di Kamunting. Masa di rumah sedara tu, kami dimaklumkan bahawa jalan ke Selama (jalan yang akan kami lalui tu).. dilanda banjir... adussss.. macamana ni.. aku biasala cepat gelabah..aku risau giler.. iyala.. masa tu dh jam 7.30 malam... pas solat maghrib, kami teruskan perjalanan dalam kul 8.00malam... hati dh mula berdebar2.. ikut aku, patah balik jer masuk highway... Tp MyHubby cool jer.. dia kata insyaAllah tak der apa.. sebab dh tk ujan... mesti air dh kering.. so, kami tawakkal aja.. & teruskan perjalanan...
Sepanjang perjalanan, aku hanya berdoa & baca ayat 'penenang hati' hihi.. macam2 ayat aku baca... minta Allah permudahkan urusan & selamatkan perjalanan kami.. Sampai di Selama, area laluan keretapi, dh nampak signboard 'AWAS KAWASAN BANJIR'. Gulpppppppsss...!!!! astaghfirullah.. pelan2 jer MyHubby drive ikut keta lain. Bila nampak keta depan lalu & lintas saki baki air banjir... nampak air dh surut.. so, kami redah jugak la.. alhamdulillah LEPAS....
Kiri kanan aku tengok rumah kt situ ada air bertakung, mybe sebelum surut, air dh masuk dalam rumah (aku rasala).. sian diorang raya dalam banjir..
Sepanjang perjalanan kami gelap gelita.. kereta sebijik2 jer lalu... kiri kanan hutan. Ini 1st time kami balik malam & lalu jalan tu.. selalu kalau siang2 ok... ini malam, agak menyeramkan bulu hidung aku la... sib bek Aimy tk buat perangai.. Aku & Myhubby diam aja dalam kereta..Aku dodoikan Aimy ngan bertakbir raya.. last2 Myhubby turut sertai aku bertakbir raya.. rasa tenang jer jiwa alunkan kalimah Allah...hilang sikit rasa takut...Pengalaman sungguh.. & aku harap ini kali terakhir lalu situ bila balik kg time malam...
Kami sampai di rumah dalam pukul 9.00 malam... ramai sedara berkumpul di rumah aku.. rasa happening sangat... gembira tk terkira.. alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah... syukurrrrrr.

Monday, September 28, 2009

Raya di TP Rawang

19 Sept 2009 (Sabtu) - Hari ni hari terakhir umat islam akan berpuasa sbb esok dh raya... Agak sibuk membuat persiapan nk raya... Mak Mertua akan masak nasi dagang+kari ikan+kari ayam untuk raya nnt. Kakak + Adik Ipar sibuk gantung langsir + gantung cermin baru (beli kt Ikea)... emmm nice.. 20 Sept 2009 (Ahad) - Hari ini semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009. pepagi lepas subuh, aku dh kemas2 bilik, kejutkan si kecik & abah dia... Wah.. semangat tul Aimy nk beraya... maklumla 1st time kan...



tgkla.. corat-coret Aimy di pagi raya... dah siap cantik2... belum orang balik semayang raya, dia dh tidur balik.. hik hik















Tomeinya... (biarla nk puji anak sendiri).. muka masyam sikit sebab kena paksa pakai tudung.. Raya2 kenala sopan sikit ek cayang....
Pastu ambik gambar keluarga... ini jer yang beraya pagi tu... kak Ipar balik Johor.. apapun syukur dapat beraya bersama keluarga mertua..




































Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir Batin

Hari Lahir ke 5 Bulan

27 Sept 2009 (Ahad)- Adalah hari lahir Aimy Zulaikha yang ke 5bulan. Alhamdulillah.. dh besar anak ibu.. Ibu & semua sentiasa doakan agar Aimy sihat selalu, cerdik, jadi anak solehah & tidak banyak kerenah. Aminnnn.. Moga kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki & sentiasa dipayungi rahmat oleh Allah s.w.t. InsyaAllah

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

18 Sept 2009 (Jumaat)
Hari ini adalah hari terakhir untuk bekerja sebelum aku menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak berapa semangat nk gi keja.. sebab terbangun lambat hari ini.. hihi..

Apa yang best hari ni, ramai yang cuti..bos pun cuti.. ekekeke.. tu yg best sebenarnya.. Plan hari ni nak gi ronder2 ke Jalan TAR.. mesti ramai gila ni... & oarng pun ramai yang jd gila hari ni .. gila soping...:-)

Dikesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin sekiranya ada salah silap. Raya ni jemputla mai umah di Kedah sebab balik kg seminggu... yuhuuuuuuu.. tak sabaqnya nk balik kg... Bagi sesiapa yang nak balik kg, sama2 kita doakan semoga selamat balik kg & selamat pulang kembali ke sini.

Terima la kad hari raya dari ofis saya... Selamat ari raya.. yeyeyeye...

Tuesday, September 15, 2009

Tig Tag Fasha

16 Sept 2009..

Dah lama aku tk update blog ni... malas la & no mood.. hehe.. apapun aku try jawab TAG ni..dh lama fasha ke Pu3 tag aku, hari ni baru nk jawab.. sori kengkawan...
Antara soklan2nya adalah........

1. Anda rasa anda hot?
Hari ni agak hot sebab terlepas tren shuttle.. pagi td.. masa aku sampai di stesen, tren shuttle ke Ipoh dh sampai... tp kena seberang belah sana.. aku ingat tren tu dh nk jalan.. aku pikir nk lari naik tangga nk kejar tren tu, tp kot2 tetiba tren tu jalan.. buat penat aku jer... tp rupanya lama gak tren tu tunggu penumpang.. aku gak yang melepas sebab tengok jerrrr...

2. Upload gambar2 kesayangan anda....

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Kerana dalam gambar ni ada semua insan-insan yang aku sayang....makayah+keluarga, mertua+keluarga, sedara + kawan2 & teristimewa MyHubby+Mybaby...Semoga kita dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. Amin

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Dua minggu dr tarikh aku nk bersalin.. tk ingat tarikh daaaaa

5. Lagu terakhir anda dengar?
Dah tentula.. skang ni lagu..'selamat hari raya...hari mulia..'

6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
belek2 phone sebab tunggu..'laki den tk call lg.. tgh tidur gi ke kt hotel di KK tu..' malas aku nk meseg dia..kot2 mengganggu..

7. Selain dari nama anda sendiri anda suka di panggil?
a. Ayang ~ Dah tentula panggilan dari cintaku En.Is
b. Adik - MyBro
c. Kakyi ~ MyAunty & her Family
d. Ibu.. hehe.. aimy belum pandai panggil lagi...

8. Tag lagi 6 orang
1. Pu3
2. Aisyah
3. Izna
4. Adam
5. ?
6.?

***siapa No. 1 kepada anda??
~ kami join P**L*** pada tarikh yang sama

***Bagaimana pulak No. 3??
~ Rakan DCL aku

***Pendapat anda tentang angka 4??
~ seorang yang kreatif hasilkan blog menceritakan tentang kampung ku.. Lata Sedim

***Kata sesuatu tentang No. 2??
~ Harap sabar menanti... rezeki di Tangan Tuhan

***No 5 ??
~ tak der kawan...


***No 6 ??
~ Tak der kawan