Monday, June 6, 2011

Berpuasa Di Bulan Rejab

7 Jun 2011 (Selasa)

Assalamualaikum kawan2... hari ini bersamaan dengan 5 Rejab.

Sekejap je kan... dh rejab, lepas tu Syaaban & Ramadhan...

Sayangnya tk ambik berkat bulan Rejab...

Niat tu ada nk Puasa, tp mampukah aku.. huhu...

Aku tkleh stress... nanti lg naik BP aku...

Aku puasa malam je la.. :-)

Meh kita hayati Kelebihan Bulan Rejab..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wednesday, June 1, 2011

On Diet..

2 Jun 2011 (Khamis)

Hampir 2 minggu aku on diet
Wah2 bunyi macam serius je kan...
Memang serius la...
Tp aku on diet bila malam je...
Diet tidak makan nasik bila malam menjelang..(bagus ayat aku)
Tp siangnya aku melantak jugak..
Itu kategori diet ke..

Apa hasil dari diet aku...?
Berat badanku maintain...
yuhuuuuu......

Tapi kadang2 tk tahan jugak...
macam satu malam tuh...
T.hari hanya makan soto..
Malam, jam 8-9 ok lagi...
Bila jarum panjang mencecah angka 10...
Mula perut nyanyi lagu keroncong...
Last2 dengan muka kesian suh My Hubby masak megi...
Hancur diet aku...
Semalam lg best...
My Hubby masak Mi Bandung..
Macam2 dia taruk...
Udang, sotong, meet ball, telur.. dengan kuantiti yang banyak...
huhu.. semua tu kolesterol...
Tp aku melantak jugak...
Camner nk maintain berat ni...

Wednesday, April 27, 2011

SELAMAT HARI LAHIR AIMY ZULAIKHA - 2THN

-27 April 2011-
Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi Aimy Zulaikha.. Selamat Hari Jadi....
Beginilah suasana Aimy sambut besday bersama Ibu, Abah, Atuk ngan Nenek...
Sian dia... Ibu niat nk ambik cuti time besday Aimy.. tp ada urgent meeting pulak hari tuh... jd terpaksala buat ala kadar dulu.. Sekadar meraikan hari lahir Aimy...
Balik dari keja dh lewat, jd singgah KFC saja la...
Sampai je umah nenek dia.. dia punya seronok sambut ibu & abah di depan muka pintu..
Dari jauh aku nyanyikan lagi lagu hepi besday...
Tepuk2 tangan dia.....
Bila ibu kata... Sorila sayang.. Ibu beli KFC je.... Punyala Dia seronok.......terus cakap...ye ye.. Aimy nk makan 'CICI'.. (KFC)Tengokla Aksi seronok dia..

Ini aja yang mampu untuk malam ini...
Baca doa sebelum makan...
Sangat gumbira bila tgk Aimy hepi macam ni....
Plan nk masak2 sikit weekand ni.. just meraikan dengan family...
Hadiah pun dh beli.. cuma belum bagi..
Tunggu weekand ni la...
Dengan Ini, Ibu & Abah ucapkan....
Selamat Hari Lahir Aimy Zulaikha...
Moga jd anak yang cerdik, baik..
Murah rezeki serta sihat2 selalu...
Ibu & Abah Love You So Much!!!!

Thursday, April 21, 2011

Hari Malas Sedunia...

22 April 2011 - (Jumaat)

Siapa suka hari Jumaat!! angkat tangan cepat!!!... SAYAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!.. :-)

Aku ni kan ... setiap kali Jumaat mesti aku malas nk buat keja.. boleh ke cam tuh... aku rasa bukan aku sorang je kan.. mesti ramai lagi yang setuju ngan aku.. hihi....

Semalam Jiran sebelah umah call.. kul 3.30 pg dia nk berangkat ke Kemboja... Jalan-Jalan ngabihkan duit..Dia mintak tengok2kan umah dia... & 2 anak bujang dia.... bestnya dapat gi jalan2 ek... bila la pulak turn aku ni... Dalam Malaysia pun tk abih jalan lg.. sabar..sabar....

Minggu depan adalah hari menggembirakan Warga PMB.... Sebab apa? emmm dh tentu dapat gaji kan.. itu dh biasa... yang paling best sebab dapat BONUS.... yuhuhuuuuuuu.. bestnya... InsyaAllah klu ada rezeki... dapatla lebih.. tp klu dapat sikit.. tetap aku bersyukur padaNya.....

Bercakap tentang bonus... mmg aku tidak terlalu mengharap berikutan insiden yang aku tidak pernah fikir akan berlaku.... Tak tahu nk cerita macamana.... Sahabat sendiri sanggup buat macam tuh... Macam Isu 'Kawan Makan Kawan' dalam Semanis Kurma.... :-)
Demi Allah sampai sekarang memang aku tak boleh pandang muka 'sahabat' itu... Biarla apa yang dia buat tu Allah saja akan balas. Jangan kata nk pandang muka dia.. dengar nama dia sekalipun.. aku dah rasa macam makan api.. mmg terbakar hati ni....Astaghfirullah.. sabar ja la hati ini...

Jadi, baik tak yah ingat2 benda sedih tu.... InsyaAllah aku akan cuba lupakan.... sekarang kita citer benda2 gumbira saja lg bagus kan.. Apapun hidup mesti hepi....

Yuhuuuu esok cuti.... banyak plan dalam kepala ni.. emmm nk gi jalan mana ek esok.....
Malam ni mesti bawak Aimy gi main kt Tesco...
Itu dh cam rutin wajib setiap hari Jumaat Malam....
Anak Dara tu main gelongsor ja.. yang mainan muzik2.. yang perlu masukkan token semua Aimy tk nak...
Dia just duduk.. klu kita nak masukkan token tu.. dia jerit.. Tak nakkkkkkk....
Jadi selamatla Duit Ibu.. hihi...
Cuma beli token untuk main netball tu.. bukan anak main.. Abah yang main..
Aimy ni sangat excited klu pegi Soping Complex & bawak dia pegi tempat main2 tuh....

Okla dulu... nnt sambung citer lg.. panjang2 nnt menyampah pulak baca....

Jom layan gambar Aimy masa jejalan di JJ, Bandar Perda (gambar dh lama.. br nk update..)


Wednesday, April 20, 2011

Countdown: 6 Hari lagi

21 April 2011 - Khamis

emmm.. lagi enam hari lg akan menjelang besday Aimy... Ibu pulak rasa tk sabar nk tgk anak ibu cecah umur 2 thn ek...
Lately ni Aimy suka sangat nyanyi lagu 'Ibu'....
Di bawah antara bait-bait lirik versi Aimy...
'Ibu.. Ibu... engkaulahhhhh ti ku... Bila kululuka... engkaulahhhhh ti ku...' (ulang balik)...
hhehehehe..kelakarla Aimy ni..
apapun Ibu sangat Happy sebb lagu tu ditujukan untuk Ibu... TQ My Dear...


Hari ini juga genap umur kakak 'Nurin Adnin' berusia 2 tahun... Aimy ucapkan kakak sihat2 selalu & jangan manja2 sangat.. Nanti kakak balik KL, kita potong kek sesama k... :-)Bulan 6 ni kakak akan jd K.long kan... jd, Aimy rasa inilah hadiah paling berharga untuk kakak kan... Selamat terima adik baru & tkleh nk 'chengeng2' lg.....

Aimy dh belikan hadiah untuk kakak.. nnt balik KL, Aimy bagi....

Akhir sekali, terimalah ciuman 'ucuk acam' dr Aimy untuk Kakak... Muahhhhhhhhhhhhh!!!
Kakak pun sayangggggggg Aimy kan......

Sunday, April 17, 2011

Countdown: 9 Hari Lagi.....

18 April 2011

9 Hari lagi akan genapla umur Aimy Zulaikha 2 Tahun.....
Macam2 peel dia sekarang ni...
Dah clear nyanyi lagu 'Ibu'... klu abah/Ibu nyanyi lagi 'Hepi Besday'... senyum2 je muka...

Plan tk buat besday party besar2an.. Just meraikan dengan Family...
Aimy akan sambut besday sekali ngan 'Kakak' (anak kakak Ipar)...
Diorang hanya beza seminggu saja umurnya....
Jadi, mmg akan sambut sesama tiap2 tahun...

Ibu dh beli hadiah besday untuk 2 besday girls ni.. Beli hadiah biasa2 je... Tp sangat shantekkkkkkk.. (hihi puji hadiah sendirik lak..)
Tapi masih lg memikirkan nk bagi lagi satu present untuk budak2 comei ni... tgh pikir apala bendanya tu... macam tkder Idea jer... Nantila akan dipikirkan kemudian...

Meh kita layan gambar Aimy masa dolu-dolu....
Muka Aimy setelah sejam dilahirkan...

Tuesday, April 5, 2011

Apa kabar Semua......

7 April 2011...

Setelah sekian lama tk buka umah ni... dh tkder mood nk buka.. :-) kena active balik la ni...

tkder citer yang menarik sangat.... untuk ambik mood rajin ni.. kita layan dulu gambar Aimy.. pasti ada acik2 kt dalam ni rindu nk tatap gambar terkini Aimy kan....