Wednesday, June 22, 2011

Lagi 4 Minggu

23 Jun 2011 - Khamis...

Pejam celik pejam celik... dah hampir tiba waktunya...
Tak rasa takut sangat.. cuma berdebar je.. (tk sama ke tuh?).. hihi
Tak rasa takut sangat sebab ini pengalaman ke 2...
Berdebar sbb adakah kali ke 2 sama ngan pengalaman pertama dulu...
Harap2 semuanya selamat....
malas nk pikir lg...

Perkembangan sekarang? semuanya kembang.. hihi
terutama kaki..bengkak yang amat..
Rasa sengal bila berjalan..
Malam2 kena urut...
Sangat lain masa ngandungkan Aimy dulu...
Aimy pulak makin manja...
Klu abah dia tgh urut kaki ibu...
Dia pun sibuk kata kaki dia pun sakit....
Minta ibu urutkan...
Mulut pot pet pot pet.. 24 jam..
Sangat suka bertanya itu ini...
Dia dh pandai baca ABC...
Alhamdulillah...
T.kasih pada 'Umi' a.k.a jiran sebelah sbb rajin ngajar Aimy...
Harap2 Aimy akan jd pandai macam anak2 Umi jugak..
Apa lg harapan seorang Ibu pada anak dia kan...
emmmm... di sini nk update sikit..

"Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan."

Doakan saya semoga selamat melahirkan M.A..
InsyaAllah

Tuesday, June 7, 2011

Citer Raya 2011!!!

8 Jun 2011

Untuk hilangkan ngantuks aku ni...
Meh aku citer bab nk raya...
Wah2... Puasa pun belum... dh sibuk citer bab raya..
Aku citer awal2 ni bukan apa...
Disebabkan aku dalam pantang raya ni...
Jadi, awal2 aku dh prepare baju raya untuk My Family...

Tema aku thn ni.... emmm nk citer ke ek.. macam tk surprise lak...
Tak yah citer la.. tema kaler apa...
Warna ni..aku pilih sbb terbeli baju Aimy...
Bulan lepas.. ada sale kt satu Kedai/Butik dekat Jalan Tar...
Korang penah dengar Kedai BAK?
Kedai ni, jual baju2 melayu, baju kurung, baju2 pengantin, songket semua la...
Aku dulu nk kawin pun beli selendang kt situ...
Agak mahal, tapi jahitannya sangat kemas...

BAK sekarang sedang buat promosi baju (clearance stok)
Mula2 beli...Untuk Aimy aku beli kebarung... kain & jahitan sangat kemas...
Harga asal RM60, after less RM18 je...
Murah tak?...
Minggu lepas aku pegi lagi...
Aku beli baju kurung pahang untuk Aimy... kain kosong siap jahit manik kt leher...
Harga asal RM90, after less RM36 je..
Baju ni lagi cantik fabriknya...Sangat cute bila Aimy pakai...
Sangat berpuashati...
Bukan selalu BAK ni adakan sale...

Untuk MyHubby... dia beli siap beli baju Melayu
Warna yang sama dengan kebarung Aimy...
Aku pulak... tk mampu nk beli baju kurung kt kedai BAK..
Harga ratus2 beb....
Last2 pegi Cititrend kt Pertama Complex, cari punya cari..
Jumpala baju kurung sedondon dengan kaler tema kami...
Aku siap beli manik kt Semua House....
untuk dijahitkan kat baju aku.. & baju kebarung Aimy...
Rajin ke aku nk jahit manik ni....
Rasa lega sbb baju untuk dipakai pada hariraya pertama dh prepare...
Untuk M.A ... actually dh prepare jugak...
Tapi macam tk menarik je... macam nk soping lg je.. :-)

Baju2 Gaun Aimy nenek dia tengah jahit...
T.shirt/Skirt/Seluar untuk Aimy pun aku dh beli...
Beli time sale kt JJ & Sogo...
Semua dh siap basuh untuk dipakai raya nnt...
Senang nnt.. tkderla aku nk teruk basuh time dalam pantang nnt...
Baju Aimy & M.A untuk pakai raya semua dh ready...
Dah raya nnt boleh terus pakai....

Baju untuk aku... dh siap beli 3 kain pasang untuk ditempah..
Baju untuk MyHubby je tk complete lg...
Pandai2la dia beli nnt.. hahahha boleh gitu!!!
Yang penting baju untuk dipakai pagi raya dh ready.. ye!!!!

Jom layan gambar raya thn lepas...
Bru nk upload...
Cau cin cau!!!!





Padan Muka aku!!!

8 June 2011- Rabu

Hari ini apa kena ngan aku tk taula...
Jaga tidur jam 5.20 pagi....
Pastu terkebil2 mata tk boleh tidur balik...
Puas cuba lelapkan mata..
Tak boleh jugak...

Last2 aku bangun pegi dapur...
Baik aku buat brekfes kt My Hubby...
Ada gak pekdahnya...
Aku keluarkan pisang yg dh siap dilenyek....
aku buat cekodok pisang...
pastu try nk ubahsuai sikit adunan...
aku campur dengan Quaker Oat...
Emmm.. not bad...
Hasilnya cekodok aku menjadi lembut gitu...
upsss terpuji diri sendiri pulak!!!!
Dapatla kami brekfes sesama otw nk gi keja...
MyHubby kata.. sedapla cekodok ni...
Kembang berbunga hati aku.... uwawawawawwaa

Sampai Ofis... aku belasah pula nasik lemak ayam berempah....
makan tk hengat dunia...
bila dh kenyang...mula la mata kuyu, layu....
Skang ni baru 10.20am....
aku dh ngantuks giler..
Rasa nk tidur je ni...
huhu.. tolong aku...
apa aku nk buat ni...
patut ke aku tidur.. patut tak? patut tak?
Mmg tak patutla kan... ini bukan ofis bapak aku...
huhu.. tp aku dh tk tahan ni..
Nk buat keja pun tk boleh ni....huhu...
Padan muka aku... dahla bangun awal, pekena cekodok pisang + nasik lemak....
Terimala akibatnya... ?????

Monday, June 6, 2011

Berpuasa Di Bulan Rejab

7 Jun 2011 (Selasa)

Assalamualaikum kawan2... hari ini bersamaan dengan 5 Rejab.

Sekejap je kan... dh rejab, lepas tu Syaaban & Ramadhan...

Sayangnya tk ambik berkat bulan Rejab...

Niat tu ada nk Puasa, tp mampukah aku.. huhu...

Aku tkleh stress... nanti lg naik BP aku...

Aku puasa malam je la.. :-)

Meh kita hayati Kelebihan Bulan Rejab..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wednesday, June 1, 2011

On Diet..

2 Jun 2011 (Khamis)

Hampir 2 minggu aku on diet
Wah2 bunyi macam serius je kan...
Memang serius la...
Tp aku on diet bila malam je...
Diet tidak makan nasik bila malam menjelang..(bagus ayat aku)
Tp siangnya aku melantak jugak..
Itu kategori diet ke..

Apa hasil dari diet aku...?
Berat badanku maintain...
yuhuuuuu......

Tapi kadang2 tk tahan jugak...
macam satu malam tuh...
T.hari hanya makan soto..
Malam, jam 8-9 ok lagi...
Bila jarum panjang mencecah angka 10...
Mula perut nyanyi lagu keroncong...
Last2 dengan muka kesian suh My Hubby masak megi...
Hancur diet aku...
Semalam lg best...
My Hubby masak Mi Bandung..
Macam2 dia taruk...
Udang, sotong, meet ball, telur.. dengan kuantiti yang banyak...
huhu.. semua tu kolesterol...
Tp aku melantak jugak...
Camner nk maintain berat ni...