Tuesday, November 17, 2009

Contest-Aksi Si Comel

18 Nov 2009- hari ni aku nk try Contest-Aksi Si Comel
Since Aimy kecik lg, manala nk ada aksi main di taman permainan.. Tp disebabkan nk mencuba nasid... aku tetap join contest ini...


HADIAH UTAMA
Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40)
2 HADIAH SAGUHATIVoucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda- done
2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini. Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda.
3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel
4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut.
Nyatakan nama, tarikh lahir, umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda)
Nama baby: Aimy Zulaikha Mohd Ismail
Tarikh lahir: 27 April 2009
Umur: 6 Bulan
Aksi Si Comel: Aimy tengah ajar Ibu drive keta, sebab Ibu tk berani nk drive. W'pun Aimy agak sopan (berbaju kurung), tapi demi ibu inilah aksi seorang pemandu berhemah... caranya, kedua2 tangan mesti pada stereng & senyum dahulu sebelum driving untuk tenangkan hati & keberanian itu akan datang perlahan2.. ok tak ibu? Disebabkan Aimy ni kecik lagi, kaki pun tk sampai nk tekan minyak & break, tak apa.. abah boleh tekankan untuk Aimy... jom.. jom.. ronda2 bersama Aimy... yezzzzzzaaaaa...
5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun. orait
6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelanggan kami.
a) Comel Lote Collections - Disebabkan design terkini & cantik2.., wujudkan satu tempahan design khas baju yang ada gambar followers/pelanggan satu family (printed shirt) & bagi diskaun/free gift/voucer bagi pembeli yang membeli lebih dari RM50/RM100.
b) Muslimah Online Shop - Disebabkan jenama ini memang dah terkenal, apa kata buat kad keahlian Muslimah Online Shop untuk follower/pelanggan bagi memberi keistimewaan harga & wujudkan hari2 istimewa/khas untuk keahlian mendapat diskaun.. Contohnya... Muslimah Online Shop Megasale.
8. Bila dah siap, add comment dalam entry ini, nyatakan nama, email address & link entry andaItu sahaja, senang kan?
Berdasarkan kajian, kanak-kanak 1 tahun ke atas suka membuat aksi dan meniru gaya. Jadi apa tunggu lagi sertailah sekarang!Pemenang diadili berdasarkan gambar dan cadangan terbaik oleh para penaja.Perlu mematuhi kesemua syarat yang dinyatakan di atas, peraduan ditutup pada 20/11/09 12mlm.
Hanya 1 gambar individu sahaja untuk setiap penyertaanKeputusan peraduan adalah muktamad.

Sunday, November 15, 2009

Weekand Update- Round D' Garden

15 Nov 2009 - Ahad
Since dh seminggu planning nk Ronda Taman. Pepagi Cik Aimy macam tau2 je nk jalan, kul 7.00 pgi di start 'membuang'. Apa lagi, aku terus mandikan dia & terus bersiap... Kira awal giler la kami jalan2 hari ni...

Kami breakfast di Selayang & terus menuju Taman Tasik Perdana. saja pusing2 di situ. Disebabkan Aimy bangun awal, dia tidur jer masa kt taman ni...

Kami jalan2 di taman herba... best gak, aku ni jenis tk minat sangat pertanian ni.. MyHubby agak excited bab2 herba2 nih... macam2 pokok yang kami jumpa.. ada yg tk penah dengar pun ada.. okla, tambah pengetahuan kan...
Kami sempat beli roti/pizza sosej+keju. Mahal betul RM2.50. Kalu kat luar tu dalam 1.80 jer rasa..beli jerla.. klu lapar nk ke Taman Orkid nnt.

Kami teruskan perjalanan ke Taman Burung.. Hi hi.. hajat hati nk masuk, tp bila terpandang harga tiket.. Mak Aiiiiii.. ngalahkan pegi Zoo. Pada aku baik pegi zoo, baru RM20 seorang, macam2 binatang ada.... Ini Taman Burung yang semata2 jenis burung dah RM16 hengget.. Cancelled...hihihi.. (lgpun Aimy bukan pandai tgk sangat pun)...

Kemudian, kami park keta di Memorial Tun Abdul Razak... Ini masuk percuma.. Ini kali kedua aku masuk sejak 18 thn yang lalu.. uiihhh lama kan... banyak yang berubah, dh lawa... just tengok2.. apa yang aku terpegun, bilik air beliau.. fuh... cantik siot.. bilik tidur jgn cakap arrrr..
Aku ni jenis cepat seram & penakut tempat2 peninggalan sejarah ni.. dalam hati istighfar & selawat sikit.. hembus2 sikit kt Aimy.. kut2 balik nnt tk leh tidur lak.. kih kih kih.. Aoa salahnya kita beringat2 kan.. sebelum sesuatu benda buruk berlaku, baik kita cuba hindarkan... insyaAllah

Teringat masa belajar dulu, pegi lawatan ke Muzium Kelantan, myb kami terlalu seronoh, ketawa2.. balik umah, kawan aku kena 'tindih' & esoknya terus macam nk demam...
sebab tu skang aku beringat, tmbah2 bawa budak kecik... better 'jgn terlalu suka'.. buat biasa2 aja...

ok, sudahla.. citer penakut aku tuh.. skang aku nk citer nxt destinasi kami.. keluar memorial, kami terus ke taman Bunga raya & taman Orkid.. Dengan bayaran singgit sorang, keta boleh di parking dalam taman tersebut..

kami just jalan2 & posing gambar aja... Since Aimy pun tk meragam, macam bagi peluang tuk aku klik klik jer keja nya.. banyk gmbar aku snap.. nk tgk.. bukala facebook... hihi..

Di sini aku upload sikit2 la... penat gak ek... luas nk jalan.. letih, panas... semua ada...
Muka pun dh penat... lapar pun ada...

last destinasi, kami ke Mid Valley untuk makan... sampai di situ, tengok ramainya orang... lepas solat & jalan2.. cari nk makan apa.. semua penuh orang.. tetiba MyHubby ngadu sakit perut & pedih hulu ati, mybe letih td banyak jalan... Muka dia pun dh pucat.. lepas beli Eno (kasi angin keluar sket), tp sakit tk lega jugak.. kami decide balik aja... nasib baik leh drive.. nk harapkan aku drive... hujung thn ni baru sampai umah.. kah kah kah...

Dalam kereta, perut aku dh nyanyi lagu 'Keroncong Untuk Ana' kahkah kah.. laparnyaaaaaa... berdoa dalam hati, moga MIL masak kt umah..
Alhamdulillah, sampai umah MIL tengah makan.. maknanya dia masakla.. ye ye ye... lepas mandikan Aimy & suapkan nestum, turn aku & MyHubby lak makan.. aku melantak macam orang kebulur.. huhu...erkkkkkk.. alhamdulillah... Inila cerita aku di Hujung Minggu...

meh layan gambar kt bawah ni...


Sapa nama Aimy Zulaikha? SAYA!!!!!!!!!!

Sayang anak abah!!!!!

Have a Nice Day!!!

Genting Strawberry Leisure farms

7 Nov 2009- Sabtu.
Aku+MyHubby+Aimy+Mil pegi Genting Strawberry sebab nk join kak ipar yang ikut rombongan cikgu2 dari Manjung, Perak..
Pepagi kami breakfast di Rawang & terus bertolak ikut Serendah, Batang Kali & terus ke Genting.. dekat aja.. tk sampai 50km. kira okla.. kami tk naik atas.. sebab niat pun nk jumpa kak ipar & anak dia jer...
Genting Strawberry ni berdekatan ngan cabel car... Gohtong Jaya.

Ingat ke sejuk kt situ.. beriya aku pakaikan Aimy long Sleeved, tp bila kt situ, panas sepanasnya.. sian aimy.. tapi dia sikit pun tk merengek... cuma dia tk nak duduk lam stroller.. dia nk dukung.. mybe panas kot.. aku lak tak larat nk dukung.. aku skang ni kalu dukung Aimy lelama sket, cepat sakit dada.. iyerla Aimy pun dah 'ringan' skang ni kan.. dia saja nk dera ibu dia..Aimy tk kesian kt Ibu ek....Aimy mmg sian kt ibu, abis Aimy nk suruh sapa dukung lagi? Abah asyik dukung 'kakak' jer, nenek mana larat nk dukung Aimy.. jadi, Aimy kena susahkan Ibu sorang jerla.. huhu.. sian ibu!!!! (ini kata2 Aimy dalam hati).. kih kih
Meh layan gambar2 kami masa kt sana... aku tk beli apa pun sebab 'panas' sngat... hilang mood nk membeli... Aimy pun dh boring...baik kita balik umah je.. leh rehat...
Aimy ngan muka boringnya... hehe.. serius jer...
Apsal Aimy tuh, sandarkan kepala kt abah... kakak ngan muka seriusnya...
Ibu ngan anak masing-masing.. kih kih
Ibu.. Ibu!!!! Aimy nk patung besar nih.. yg kt umah tu kecik.. nk yang ni buleh?!!!
Ye ye... Abah Dukung!!!!

Apapun hepi jugakla leh bawak Aimy jalan2, w'pun penat... lgpun tempat ni pun aku tk penah datang lg.. okla.. macam Cameron. Next Time planning nk ke Cameron pulak.. Hope kt situ nnt, tak der 'panas' macam kt sini & 'sejuk' la.. ok.. bye..

Thursday, November 12, 2009

Kelantan Visit

Aku saja nk update citer yang yang dh basi nih...
16 Oct 2009 (Jumaat)-Aku+MyHubby+Aimy+Mil bertolak ke Kelantan. Rancang nk pegi ramai, last minit sebuah keta aja.. huhuhu.. kami pegi sebab nk menziarah PakDak (sebelah MyHubby), dia nk ke Mekah.
kami memulakan perjalanan seawal pagi..kami lalu Serendah, Batang Kali (nak ke Genting Highland), Rupanya baru ku tau, dr Rawang nk ke Genting dekat jer ek.. hihi... kami ikut jalan ke Kuantan..Pendek kata jauhnya nk ke Kelantan.. lebih 6jam.. huhu.. nasib baik Aimy tk buat perangai.. dia tidur aja... Kami sampai di Kelantan dalam pukul 4.00.. aduiiiii sakit pinggang segala..
Petang lepas asar, kami terus jalan ke umah adik beradik sebelah Mil.. ini 1st time aku jumpa waris2 MIL yang masih setia tinggal di Kelantan.

Malam tu kami semua tidur nyenyak sungguh sebab penat dalam perjalanan.. termasuk Cik Aimy sayang.. penat yer.. (tk sempat nk snap gambar sebab penat)

Hari kedua di Kelantan
Pepagi agak ceria sebab tidur nyenyak semalam.. kami bersiap nk pi jalan2. Destinasi utama kami nk ke Pengkalan Kubor (PK) (syurga membeli belah) kui kui..
Bestnya pegi situ.. barang2 murah & kena pandai tawar..Aku hajat nk beli periuk belanga, tapi memandangkan ramai sangat orang sebab hari ni Deepavali.. jadi mesti harga pun up la.. so, aku just beli blanket besar 2pcs & untuk Aimy pun 2pcs gak..,tikar.. bla bla...murah sebab kecek kelate.. hihi..

Masa di PK tu panas giler.. tp Aimy tk buat perangai langsung.. mmg dia bg peluang untuk aku bersoping...Dia asyik senyum je.. bagus tul anak Ibu.. perpeluh2 muka pun stil gelak lg...
Balik PK singgah makan Mi Jumbo. Masa tu Aimy tidur.. myb penat kot.. hihi.. ke nak bagi peluang untuk aku makan...
Sukanya dia bersama mak Ngah Dilah ek...

Lepas soping klua nk gi makan... Rupanya PK seberang ngan Tak Bai.. cuba tgk belakang kami.. seberang laut nun.. itula Negara Siam tuh...

lepas selesai makan, dan OTW balik umah, kami singgah di Pantai Geting.. cantik pantai nih...


banyak aku snap gambar kt sini.. tp malas nk upload kt sini... hihi.. klu nk tgk bukala facebook aku ek..
Petang lepas asar, kami ronda2 Kota Bharu (KB), makan2..
Hari Ketiga Di Kelantan
Hari ni kami akan berangkat balik ke KL.

Setelah 8x Aimy tidur, 8x Aimy bangun dalam keta... tk sampai2.. last2 dia buat muka boring.. hihi.. sian dia.. jauh la Ibu.. Penat Aimy!!!.. kami sampai umah dalam jam 3.30 macam tu la... alhamdulillah.. selamat pegi selamat balik... Sekian...

" Seindah Butterfly " Giveaway Kategori A

" Seindah Butterfly " Giveaway Kategori A



Contest kedua aku nk join... dari Seindah Butterfly jugak.. meh kita try ramai-ramai...

Ini gambar yang aku rasa cukup sweet.. kah kah kah






Meh nk cerita sket pertemuan pertama aku ngan MyHubby. Kami pertama kali dipertemukan di ofis aku. Masa tu baru seminggu kita berpuasa di Tahun 2006. Dia datang bersama Bos dia untuk Pos barang. Hari tu hujan lebat (hujan rahmat kot.. kih kih) dan diorang terpaksa parking kereta di laluan utama tempat lalu lalang. Kebetulan aku tk boleh puasa (bendera merah) dan bersama kawan aku, kami lalu melintasi diorang (Myhubby+bos dia+pegawai di Ofis saya) untuk ke surau sebab kami nk makan.. hihi. Masa tu la mata bertentang mata, tapi aku tkder hati masa tu... Seminggu lepas tu, pegawai ofis aku yang ku gelar En. A tu, jumpa aku dan menyampaikan salam dari Dia.. En. A bagus punya promote MyHubby nih.. bersungguh minta aku bgkan no phone.. siap cakap Mybe berkat bulan Ramadhan, Allah nk pertemukan jodoh... macam2la..

Semua yang En.A promote tu aku tk cairla.. tp yang membuat aku terpikir.. myb ini berkat bulan Ramadhan, so aku setuju bg no phone..& petang tu MyHubby terus call. seminggu lps tu 1st dating kami berbuka puasa di KFC lepas balik keja..Aku tiada apa2 perasaan masa tu...



MyHubby kira macam 'not my taste' la sebab kurus kering... rupanya dia sakit ada kuman dalam perut.. keluar masuk hospital.. Ini dugaan paling hebat aku rasa.. perasaan bercampur.. nak ke aku kawin dengan orang yang sakit ni. Tpi kuasa Allah mengatasi segalanya...sentiasa ku panjatkan Doa ke hadrat Ilahi.. "Sekiranya Dia adalah jodohku yang telah tersurat olehMu.. Kau dekatkanlah dia kepadaku... Sekiranya tidak, Kau tutuplah pintu hatiku padanya.. Aminn.." dari hari ke sehari hati aku makin suka dan sayang pada dia.. kihkih..



Alhamdulillah lepas tunang, MyHubby jalani pembedahan & sihat walafiat...kami kawin pada 02.08.2008 dan gembiranya aku disahkan bunting pelamin.. ahamdulilah, kini lahirlah permata hati kami Aimy Zulaikha.



panjang jugak kisah aku ni ek..

...SYARAT2 SAH PENYERTAAN...
Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor -done
Masukkan kami lam BLOGLIST kowang- done
Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni-done
Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A -done
Upload hanya SEKETUL gambar kawen kowang yg sgt sweet......-done
Pastu cerite kisah menarik petame kali bertemu ngn hasben/wife kowang ker atau tatkala cinta stat berputik ker, ok! (mane yg lbh menarik) -seperti di atas
Makesure insan lam gambar adalah hasben/wife anda, ok!!
Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 shawl yg kowang minat. Mane tau powan eila terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang- ok, shawl yang aku suka ialah Wave Yellow Black (nice combinastion colour), FK-darkblue Turqoise & Swirl-White.. cantik2 kan shawl dia..
Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.
Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
Tarikh luput : 06 / 12 / 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B

Di hari Jumaat ini aku nk try join contest yang diajurkan oleh SeindahButterfly
Ini gambar yang aku pertaruhkan :-)
Nama babyku ini Aimy Zulaikha Mohd Ismail, berusia 6 bulan.
Nama manja dia 'Aimy'. Aimy lahir pada 27 April 2009. Saya nak cerita sket detik kelahiran Aimy Zulaikha. Aimy lahir awal seminggu dari tarikh jangkaan Doctor. jam 10 malam 26hb aku telah dimasukkan ke wad di Pusrawi Kota Damansara. Hampir jam 1pagi aku mula sakit kontraksi. Sakit amat sangat sampai aku kejutkan suami (tidur kt sebelah) mintak dia sembahyang hajat untuk kurangkan sakit.. myb aku banyak dosa kot.. hihi..Jam 5.30 aku dimasukkan ke LR. Bila bukaanku dh 8cm, aku terdengar azan subuh berkumandang. lantas nurse di situ bgtau sempat kalau MyHubby & Doctor nk solat subuh dahulu.. aku dengar pun dh kecut perut... sebab aku rasa macam baby dh nk terkeluar ni.. sempat diorang nk solat dulu??? MyHubby & Doc pergi juga solat (adalah dalam 5minit) dan sejurus kedatangan mereka kembali kepadaku.. right time. Doc sempat sambut baby aku. Dengar jeritannya, aku rasa lega seleganya. Apa membuatkan aku paling syahdu, tangan Doctor yang menyambut kelahiran babyku adalah masih dalam keadaan berwuduk... bayiku lahir pada jam 6.20am, berkat di subuh hari, lalu kunamakan Aimy=keberkatan, Zulaikha= cantik. Semoga Aimy Zulaikha menjadi anak yang solehah & membahagiakan kami semua. Amin.



..SYARAT2 SAH PENYERTAAN...
Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor -done
Masukkan kami lam BLOGLIST kowang-done
Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni- done
Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B -done
Upload hanya SEKETUL gambar comey dan cute miut anak kowang xkirelah dlm keadaan ape skali pun tapi 12sx xmau yer Pastu cerite la sket2 pasal ank kowang alang2 tu kan...
Jangan luper letak name & umur so comey yer-seperti di atas
Anak kowang perlulah berusia diantara 1 HARI - 12 TAHUN (biase org buat 1hari -4 tahun kan.. tp sy sian kt bebudak cute miut yg dh beso tu..... xpe, masukkan yeh )
Kalau ade 10 org anak, bermakne 10 gambar boley di upload tp setiap gambar mesti ade gambar peserta saje.. mok atau pok nye walaupun cute miut xdibenarkan inteprem, ok!!
Makesure si cute miut tu anak kowang dan anak kucing xkan dilayan
PERINGATAN!! TLG JGN PHOTOSHOPkan GAMBAR ANAK KOWANG, OK
Kowang jugak merelakan gambar si comey kowang diabadikan dlm blog ini nnt
Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 design baju / ape2 je yg ader lam blog sponsor yg kowang minat. Mane tau powan cuda terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang-
http://tokeybaju.blogspot.com/- dalam blog ni saya teruja sangat tgk T.shirt Doremon(ya Allah sukanya tgk....merah aku suka.., baju Barney (tu comel kalu tulis nama Aimy.. hihi) dan family set love pokedot tuh (bestnya aku sefamily dapat..) Mickey Mouse tu pun comei.. bak kata semua Comei2la.. aku aku menang aku nk minta gambar wonderpet.. Aimy suka tuh... hihi
Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.
Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
Tarikh luput : 06 / 12 / 2009









Wednesday, November 11, 2009

kambing Untuk Aqiqah

Aku tgh survey kambing kt area rawang ni untuk aqiqah nnt.. tp bukan raya aji ni.. :-)

ada sapa kawan2 tau kat mana nk beli kambing tu ek.. dh serf tenet.. tp suma jauh2 la...

mohon bantuan. sapa yg tau..

Monday, November 9, 2009

Baby With Car Contest

♥ Baby With Car Contest
Kali ni aku nk try join contest yang dianjurkan oleh Mr & Mrs Faez. Aku pilih kategori 2 sebab Aimy berbaju kurung.. hihi


Kategori 2: Aksi Paling Sopan
Nama baby: Aimy Zulaikha Mohd Ismail
Umur baby: 6 Bulan
Jenis Kereta: Wira
Kelab Kereta: Tiada

Kalau sapa yang nk join contest ni, tgk n3 ni.

Bersempena dengan AGM Kelab Keta kami iaituPROSBOC [Proton BLM Owner's Club]kami dengan sukacitanyer ingin memberikan anak-anak anda hadiah yang boleh dibuat main semasa dalam keta.. leh dibuat tdo.. boleh dibuat peluk dan lain-lain perbuatan yang dibenarkan oleh ibu bapa memasingRupa paras hadiahnyer akan diupload kendian hehehehe~ tetapi sebagai klu.. ianya lembut.. berbulu.. selalu orang letak kat seat belakang keta..[Dellisya selalu gigit menatang nih.. erk!]Contest nih terbuka pada 2 kategori dan setiap kategori ada pemenang untuk baby boy and girl untuk 1st Place, 2nd Place and 3rd Place. So akan ada12 PEMENANG
Kategori 1
..: Aksi Paling Berani :..
Kategori 2
..: Aksi Paling Sopan :..

1 Hadiah untuk 1 Pemenang .. : APA YANG NAK KENA WAT? :..
Buat N3 di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambo anak anda ngah berposing baik punyer kat keta. Keta hendaklah yang telah diluluskan oleh puspakom dan mempunyai no. enjin. [Keta sorong, keta tolak, keta control, keta yg msk wit 50 sen dua keping kat shopping complex tuh atau len2 keta sejenis dengannyer tak leh ek] -done, seperti di atas


Anak anda leh berposing dimana2 bahagian keta mengikut kreativiti anda dan kebrutalan anak anda [Atas keta leh.. kat bonet leh.. kat bahagian enjin leh.. kat seat belakang leh.. kat seat depan leh.. kat tepi keta.. depan.. belakang.. sumer leh.. bwh keta pon leh.. erk! Time keta tak gerak leh.. time keta tgh bergerak pada kelajuan 120km/j pon leh.. erk!] -done, seperti di atas


Anda leh gunakan keta sendiri atau keta sesapa jek untuk dijadikan latar posing gambo anak anda. [Jenis keta tidak akan memberi apa2 efek pada sesi pengadilan. Nak amik gambo ngan keta keta kancil pon leh ngan BMW 3 series pon leh] -Done seperti di atas


Jarak antara model dan keta mestilah tidak lebih 1cm. Maknanyer kena la bersentuhan ngan keta tuh. Ok! Itu jek yang perlu ada dalam gambo anda. Yer la slalu baby asik ngan keta sorong, walker, katil baby so kita advance skit hehehe~


.. : TERMA DAN SYARAT :..
Terbuka kepada semua pem'blog'2 sekalian [yer la mesti la ada blog kalo tak camner nak wat N3 kan? erk!]
Of kos anda kena memenuhkan bahagian Follower blog kami hehehe [Jadi follower la tuh] dan Add blog kami dalam blog list anda
Letak banner contest di sidebar blog anda. Banner mestilah di'link'kan terus pada contest nih
Letak gambo anak anda beserta nama, umo, jenis kereta dan kalo anda ahli kelab memana keta letak la skali ek [Jenis keta dan samada anda ahli kelab atau tak, x ada kena mengena ngan pemilihan pemenang.. cuma kami sesaja nak tau hehehe] Dan jangan lupa anak anda dicalonkan untuk kategori mana.
Terbuka pada kekanak yang berumur 5 tahun kebawah pada tahun 2009
Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya kami leh menjengah N3 anda-nnt Terjah ek
Pemenang akan dipilih berdasarkan of kos kecomelan [sumer baby comel kan] dan gaya posing [mengikut kategori]
Juri-Juri jemputan khas adalah terdiri dari ahli kelab PROSBOC. So adil pada sumer sbb dorang tak kenal anda dan anda pon tak kenal dorang. So diorang 100% akan pilih berdasarkan pada gambar.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.Top 5 bagi each kategori akan diumumkan pada 5 Disember 2009 dan Pemenang akan diumumkan pada7 Disember 2009 bersempena AGM Prosboc So gud luck to all!! Kalo ada sebarang pertanyaan.. kaunter pertanyaan dibuka 24/7 tapi kerani yang nak menjawabnyer lak bergantung pada keadaan hehehe~ Tapi yang pasti setiap persoalan akan dijawab dengan kadar segeraThats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

Thursday, November 5, 2009

Mikylayna's giveway



cantik tak kengkawan klip kat atas tu.. comel kan.. eeee geram jer tengok. kalau pakaikan kt anak kita lg comel... tp gigirl je la ek...

bagi sesiapa yang berminat untuk menceriakan lagi rambut anak gigirl kita, terjahla blog ini.

Harga memang amat berpatutan sekali.. Murah2 giler. Alah membeli menang memakai bak kata iklan pencuci pinggan... :-)

Mikylayna ada anjurkan contest iaitu klik di sini

hadiah nya...

1. 4 hairclips baru + 1 hairclip lama
2. 2 hairclips baru + 1 hairclip lama
3. 1 hairclips baru + 1 hairclip lama
* hairclips baru yg dlm gambar*
hairclips mengikut pilihan hati andacara nya...
1. terbuka kpd followers mikylayna shj... yg belum tu cpt2la follow ye... letakkan mikylayna dlm blog list anda-siap
2. buat entry mengenai mikylayna's giveaway-siap
3. nyatakan apa yg anda lihat menarik tentang koleksi mikylayna dan pilih satu hairclip yg paling anda rasa comel sgt (kalau anda menang,clip ni akan mnjadi milik anda)

Koleksi Mikylayna ni kreatid sangat. Pandai main kaler & design yang cantik2. Di bawah ni design yang paling saya suka sebab bentuknya crown & ada nama. payah nak cari kt pasaran luar. kalau dapatla klip ni, leh letakkan nama Aimy.. hope so!!
4. jgn lupa tinggalkan link & email anda di sini - ok